Translate

Saturday, November 28, 2015

Bekas Eksekutif didakwa cederakan rakan sekerja

KUALA LUMPUR - Seorang bekas eksekutif sebuah syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan rakan sekerjanya hingga parah pada minggu lalu.
Di hadapan Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md. Nor, R. Thevaraj, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap Mani Shafiee, 35, yang merupakan warga negara Iran dengan menyepak rusuk kiri mangsa hingga retak di tingkat 20, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee di sini pada 10.30 pagi, 16 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment