Translate

Tuesday, November 10, 2015

10,000 pengunjung hadiri Rumah Terbuka Deepavali MIC


KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 pengunjung termasuk pelancong asing memeriahkan majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC di perkarangan Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves di sini hari ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain menjamu selera dengan pelbagai makanan tradisi masyarakat India seperti chapati, tosei, putu mayam dan idli, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, penglibatan masyakat berbilang kaum meraikan Deepavali melambangkan perpaduan yang kekal erat negara ini.
"Pemilihan Batu Caves sebagai lokasi penganjuran rumah terbuka memudahkan rakyat termasuk pelancong yang melawat lokasi pelancongan ini meraikan Deepavali bersama-sama," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment