Translate

Thursday, August 6, 2015

SPRM telah kenal pasti identiti penderma RM2.6 bilion


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti pihak yang memberi sumbangan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akuan bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM memberitahu, pihak penderma yang memberi sumbangan itu berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.

Namun, SPRM tidak boleh mendedahkan pihak yang memberi sumbangan itu.

“SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil daripada bank dan mendapati terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Najib.

“Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut SPRM lagi, Najib akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung sumbangan derma yang diterima beliau kepada pihaknya pada masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, SPRM berkata, siasatan pihaknya tidak mempunyai kaitan dengan isu IMDB kerana kes tersebut dijalankan oleh Polis.

Sebaliknya pihkanya melakukan siasatan melibatkan isu SRC International melibatkan dana RM4 bilion dan ia masih berjalan sehingga kini.

Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan SPRM mengesahkan dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank milik Najib sebenarnya sumbangan daripada penderma.

SPRM juga mengesahkan hasil siasatan agensi itu mendapati dana tersebut tidak membabitkan wang 1MDB seperti yang dihebahkan menerusi media sosial.

Bagaimanapun, SPRM menjelaskan, siasatan berkenaan isu SRC International melibatkan dana sebanyak RM4 bilion masih berjalan.

No comments:

Post a Comment