Translate

Monday, August 3, 2015

Bekalan elektrik mencukupi


Oleh MOHD. AZLI ADLAN

PUTRAJAYA - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bekalan elektrik mencukupi pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bermula pada Jumaat ini.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Aset) Bahagian Penjanaan TNB, Ir. Roslan Abd. Rahman berkata, kesemua 10 stesen jana kuasa elektrik milik syarikat utiliti itu di seluruh negara kini dalam kleadaan siap sedia demi keselesaan pengguna merayakan hari lebaran.

Beliau berkata, seramai 1,119 petugas stesen jana kuasa elektrik terbabit telah dibekukan cuti dan diarahkan untuk bertugas pada hari-hari puncak iaitu dari 17 hingga 19 Julai ini.

"Ia meliputi 328 kakitangan bahagian operasi, penyelenggaraan (194) manakala 677 petugas lain berada dalam senarai menunggu dan diwajibkan untuk berada dalam lingkungan 25 kilometer dari stesen jana kuasa masing-masing.

"Mereka yang berada dalam senarai menunggu ini boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa mengikut keperluan," katanya ketika menyampaikan taklimat tentang persiapan Bahagian Penjanaan TNB sempena musim Aidilfitri di Stesen Jana Kuasa Elektrik Putrajaya, Presint 11 di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengurus Besar stesen jana kuasa elektrik tersebut, Syed Zainal Abdidin Jamalulail.

Roslan berkata, pihaknya menjangkaan permintaan terhadap bekalan elektrik akan menurun pada kadar 55 peratus daripada kapasiti penuh 21,9574 mega watt sepanjang musim perayaan ini berikutan penutupan banyak kilang dan premis komersial di seluruh negara.

Menurut beliau, ia merupakan trend biasa kerana pengguna industri dan komersial menggunakan bekalan elektrik yang lebih besar berbanding pengguna kediaman.

"Ia membolehkan TNB memiliki lebih banyak margin tenaga elektrik yang boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan sepanjang tempoh tersebut.

"Pada hari biasa, penggunaan bekalan elektrik di negara ini mencecah 75 hingga 80 peratus," katanya.

Ketika ini, TNB memiliki 10 stesen jana kuasa elektrik di seluruh negara yang meliputi tujuh stesen yang menggunakan bahan api arang batu dan gas manakala tiga stesen lain pula dijana dengan sumber hidro.

No comments:

Post a Comment