Translate

Saturday, August 8, 2015

2,000 meriahkan sambutan Aidilfitri UIAM


MERAIKAN. Seramai 2,000 tetamu menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang diadakan Pusat Aktiviti Budaya, UIAM, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom turut mencemar duli meghadiri majlis tersebut.

Rais berkata, baginda telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dari Pusat Didikan Awal Kanak-Kanak Educare UIAM dan masyarakat Orang Asli di sekitar Gombak.

"Baginda juga berkenan menerima sumbangan zakat korporat berjumlah RM480,000 yang disampaikan Naib Presiden Etiqa Takaful Berhad, Mohamad Yusoff Abdul Rauf.
Wang zakat itu akan diagihkan untuk kegunaan 200 pelajar dari golongan asnaf di universiti ini," katanya.

No comments:

Post a Comment