Translate

Monday, October 6, 2014

Azmin tunjuk belang batalkan dua keputusan Khalid

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang baru sembilan hari menerajui kerajaan negeri mula menunjukkan belangnya apabila bertindak menarik balik dua keputusan yang dibuat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.

Selain membatalkan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri, Azmin juga bercadang untuk menarik balik kenaikan kadar elaun melibatkan empat jawatan utama iaitu Menteri Besar, anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Exco, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mohamed Azmin berkata, berdasarkan minit mesyuarat Exco terakhir yang dipengerusikan Abdul Khalid pada 22 September lalu, kerajaan negeri tidak pernah memecat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

"Setelah meneliti minit mesyurat Exco yang lalu, apa yang diputuskan ialah menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Tidak timbul soal pemecatan Datuk Seri Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

"Kita akan bincang semula fungsi dan peranan Datuk Seri Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Sudah tentulah kemudahan pejabat yang sesuai dengan peranan yang dimainkan akan diberikan kepada beliau," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Azmin semalam turut mengumumkan senarai penuh portfolio bagi barisan pentadbiran baharu negeri itu.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin memberitahu, mesyuarat sulung Exco Selangor juga bersetuju untuk membentangkan usul membatalkan kenaikan elaun bulanan Menteri Besar, Exco-Exco, Speaker dan Timbalan Speaker DUN Selangor pada Sidang DUN negeri pada bulan depan.

Begitupun, beliau memberitahu kenaikan elaun bulanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sebanyak 87.5 peratus iaitu RM11,250 daripada RM6,000 yang turut sama diluluskan pada November lalu akan dikekalkan.

2 comments:

  1. "Biarlah ahli politik berperang, berdrama dan berlakon kerana kelak lakonan mereka itu akan menjadi lawak jenaka yang akan dikenang."

    Itu adalah amanat terakhir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada penjawat awam dan rakyat agar tidak melayani sikap ahli politik yang gemar berlakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the best qoute of Khalid sepanjang enam tahun jd MB Selangor..

      Delete