Translate

Monday, August 4, 2014

Polis cari dalang sebar berita palsu tujuh pelajar ditetak

SHAH ALAM - Polis Selangor sedang memburu dalanmg yang menyebar berita dalam media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandaraman, Klang dekat sini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Rahim Jaafar mengesahkan bahawa berita itu adalah palsu dan kertas siasatan telah dibuka berhubung perkara itu kerana ia dianggap boleh menjejaskan keharmonian awam.

"Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu.

"Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kepada ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor di sini semalam.

Abd. Rahim berkata, dalang yang menyebar mesej palsu itu sedang dicari bagi memastikan mereka dikenakan tindakan sewajarnya.

Katanya, berdasarkan siasatan polis, kejadian tersebut tidak pernah berlaku di kawasan berkenaan.

"Penyebaran khabar angin itu berniat jahat bagi menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Saya minta orang ramai bertenang dam tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak berasas yang tersebar dalam media sosial," katanya.

Pengguna media sosial semalam digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak kononnya tujuh pelajar sebuah maahad tahfiz yang parah akibat ditetak sekumpulan lelaki.

No comments:

Post a Comment