Translate

Sunday, August 3, 2014

Dua lori kontena bawa gelung tembaga disamun

SHAH ALAM - Dua buah kontena yang mengandungi gelung tembaga bernilai RM1.7 juta dilarikan sekumpulan penjenayah di perkarangan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Subang Hi-Tech, Subang Jaya dekat sini semalam.

Siasatan awal mendapati kejadian samun pada pukul 6.30 pagi itu dipercayai didalangi oleh lima lelaki warga tempatan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, sewaktu kejadian, mereka telah bertindak menyerang hendap dua pengawal keselamatan yang menjaga kontena terbabit.

“Tangan dan kaki kedua-dua pengawal keselamatan telah diikat sebelum kumpulan penjenayah terbabit bertindak melarikan dua lori yang mengandungi kontena terbabit.

“Salah satu lori terbabit telah dijumpai semula di tepi jalan berhampiran Sunway Kayangan dekat sini beberapa jam selepas dilarikan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) di sini semalam.

Abd. Rahim berkata, pemeriksaan di dalam kontena yang ditinggalkan tersebut mendapati ia mengandungi 12 gelung tembaga.

Menurut beliau, polis percaya lori yang mengandungi kontena terbabit ditinggalkan kerana kenderaan berat itu mengalami kerosakan.

“Kita sedang menjejak sebuah lagi kontena mengandungi gelung tembaga yang turut dilarikan kumpulan penjenayah terbabit.

No comments:

Post a Comment