Translate

Monday, February 24, 2014

Bekas teman lelaki Josephine Mary ditahan

KLANG - Bekas teman lelaki Josephine Mary ditahan bagi membantu siasatan penyiaran artikel di laman sosial Facebook menggunakan nama wanita itu yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, lelaki itu ditahan ketika mendapat rawatan di Hopital Kajang dekat sini pada Rabu lalu dan akan direman sehingga Isnin ini.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung penyiaran artikel menggunakan nama teman wanitanya untuk menghina Sultan Selangor," katanya di sini semalam.

Kosmo! 12 Februari lalu melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan pegawai pengiring baginda, Asisten Superintendan Ahmad Roshisham Ahmad membuat laporan polis dibuat terhadap sebuah blog yang menyiarkan pautan satu artikel Facebook milik ' Josephine  Mary ' berbentuk hasutan, cacian dan tohmahan terhadap baginda.

Susulan itu, polis telah menahan Josephine Mary di rumahnya di Kajang pada keesokan hari bagi membantu siasatan dan dia dibebaskan petang hari yang sama dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Berdasarkan keterangan wanita tersebut, polis mencari pula bekas teman lelakinya.

No comments:

Post a Comment