Translate

Saturday, February 22, 2014

12 awak-awak PATI ditahan

PELABUHAN  KLANG  - Seramai 12 awak-awak nelayan yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Maritim Malaysia ( APMM ) dalam operasi khas di perairan Sabak Bernam yang berakhir semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah  Klang , Kapten Maritim Christopher Ravindran Dass berkata, operasi yang dilancarkan bagi mengawal pencerobohan bot nelayan  pukat   tunda  ke zon A di perairan terbabit turut menyita tiga bot nelayan pesisir pantai atas kesalahan penyalahgunaan permit.

"Enam daripada PATI berusia dalam lingkungan 25 tahun hingga 45 tahun yang diberkas itu merupakan warga Myanmar manakala selebihnya warga Indonesia.

"PATI warga Myanmar merupakan awak-awak dua bot nelayan  pukat   tunda  manakala PATI warga Indonesia pula ditahan di dalam tiga bot nelayan pesisir pantai yang diperiksa," katanya pada sidang akhbar di Pejabat  APMM  Daerah  Klang , Tanjung Harapan dekat sini semalam.

Ravindran berkata, pemeriksaan mendapati kesemua warga asing tersebut menyalahgunakan pas lawatan masing-masing untuk bekerja sebagai awak-awak.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati PATI warga Indonesia yang ditahan menyewa bot milik nelayan pesisir pantai bagi melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan tersebut.

"Oleh kerana pemiliknya membenarkan permit mereka digunakan oleh PATI terbabit,  APMM  telah bertindak menyita tiga bot berkenaan," katanya.

No comments:

Post a Comment