Translate

Saturday, November 2, 2013

Amar mahu lupakan peluru sesat

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

PARIT – Biarpun terkena tembakan peluru sesat yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis, Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, tetap cekal dan tidak mengalami trauma berpanjangan.
Anak bongsu daripada empat adik-beradik itu berkata, kejadian tersebut tidak akan mematahkan cita-citanya untuk menjadi anggota tentera apabila dewasa kelak.
“Saya tak takut peluru tetapi kalau boleh, saya tak mahu ingat apa yang dah jadi (peristiwa terkena tembakan peluru sesat),” katanya kepada Kosmo! di rumahnya di Kampung Belanja Kiri dekat sini semalam.
Mohd. Amar yang masih perlu memakai pendakap leher dilihat semakin ceria dan semakin sihat.

Pertuturan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK)  Iskandar Shah dekat sini yang baru menjalani pembedahan  membuang peluru di dalam kerongkong hampir dua minggu  lalu tersebut juga agak jelas dan lancar.

Begitupun, dia memberitahu bercuti sakit selama enam  minggu yang menyebabkan dia tidak dapat ke sekolah  sehinggu cuti penggal persekolahan bermula menyebab kannya sedikit kebosanan.

“Saya rindu dengan kawan-kawan sekolah. Nak cepat  sihat, boleh bermain (menunggang) basikal sama-sama de ngan mereka.

“Tapi kerinduan itu terubat sedikit setelah ramai kawan  datang ziarah saya (di rumah) sejak keluar (dari) hospital,”  katanya yang baharu memberi keterangan kepada polis  mengenai kejadian itu pada Selasa lalu.

Kosmo! pada 16 Oktober lalu melaporkan, Mohd. Amar  cedera parah selepas terkena satu das tembakan yang  dilepaskan daripada pistol jenis P99 milik seorang anggota  polis berpangkat sarjan.

Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika anggota polis  tersebut sedang mengosongkan peluru di hadapan rumah  mertuanya sebelum satu das tembakan terlepas dan me ngenai Mohd. Amar yang sedang bermain.

Imbasan X-ray menunjukkan peluru itu menembusi hi dung dan tersekat pada kerongkong mangsa, kira-kira lima  milimeter dari saraf tunjang.

Pakar perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)  yang diketuai Pakar Perunding Neorosurgeri, Dr. Cheang  Chee Keong berjaya mengeluarkan peluru tersebut dalam  pembedahan bersejarah menggunakan kaedah tiub pada 20  Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment