Translate

Wednesday, October 2, 2013

PNS perlu agresif bawa masuk francaisor induk luar negara

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

TAIPING - Perbadanan Nasional Berhad (PNS) disaran  memainkan peranan lebih agresif untuk membawa masuk  lebih banyak francaisor induk luar negara yang berpotensi ke  pasaran tempatan.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan   Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, PNS  diperlukan untuk membantu memperkasa lagi kerjasama  usahawan tempatan dengan pemain industri francais an tarabangsa.

“Kebanyakan usahawan tempatan tidak mempunyai ke mampuan dari segi dana dan kepakaran untuk membeli  lesen francais daripada francaisor induk luar negara.

“Penyelesaian terbaik, PNS perlu lebih agresif bawa  masuk francaisor induk luar negara yang berdaya maju  kemudian tawarkan lesen francaisi kepada usahawan tem patan yang mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program  Jelajah Francais 1Malaysia peringkat Perak anjuran Biro  Ekonomi, Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO di sini  baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pem bangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Ne geri Koperasi dan Kepenggunaan, Afkhar Razi Ariffin dan  Ketua Wilayah Koridor Utara PNS, Mohd. Fuad Halim.

Sohaimi yang juga Pengerusi Persatuan Pedagang dan  Pengusaha Melayu Muda Malaysia (Perdasama Muda) ber kata, sebagai agensi peneraju pembangunan industri fran cais negara, PNS mempunyai kemampuan kewangan dan  pengetahuan tentang industri francais antarabangsa.

Tambah beliau, PNS sebenarnya telah terlibat dalam  dalam pembelian lesen francaisi seperti membawa masuk  rangkaian kafe minuman berasaskan kopi, Gloria Jean's  Coffee ke negara ini.

“Tapi ia tidak begitu agresif dan kita mahu PNS ambil  iktibar daripada Kumpulan Berjaya Corporation Berhad  yang berjaya membawa masuk francaisor induk seperti  Starbucks, 7 Eleven dan Kenny Rogers.

PNS sebagai agensi milik Kementerian Kewangan Di perbadankan (MoF Inc.) perlu melihat peluang tersebut  sebagai salah satu strategi merancakkan lagi pembangunan  usahawan tempatan.

No comments:

Post a Comment