Translate

Saturday, September 7, 2013

Kereta Bentley ditemui semula selepas 8 jam dicuri

IPOH - Sebuah kereta mewah Bentley bernilai RM1.2 juta ditemui semula selepas lapan jam dilarikan penjenayah dari sebuah banglo di Jalan Watson berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, kereta berwarna biru milik pemaju hartanah berpangkat Datuk Seri itu dijumpai di sebuah bengkel membaiki kereta di Menglembu pada pukul 12 tengah hari.
“Seorang lelaki berusia 20-an yang berada di dalam bengkel tersebut turut ditahan untuk membantu siasatan.
Anuar memberitahu kereta mewah tersebut yang diletak di perkarangan banglo berkenaan dipercayai dilarikan seorang suspek pada pukul 4 pagi tadi. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment