Translate

Thursday, September 5, 2013

Dua beradik diberkas edar dadah

IPOH - Dua beradik yang menganggotai kumpulan samseng Geng 04 ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Assam Kumbang, Taiping Isnin lalu.

Bersama suspek yang berusia 19 tahun dan 22 tahun itu, polis menemui sejumlah dadah jenis heroin, syabu dan Eramin 5 bernilai RM150,000.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek pertama yang berusia 19 tahun diberkas ketika mahu masuk ke dalam sebuah rumah itu yang dipercayai dijadikan markas pengedaran dadah.

“Polis menemui satu paket plastik yang disyaki  heroin dalam beg suspek. Susulan itu, polis memberkas pula abang remaja itu yang bekerja sebagai tukan cat.

"Di dalam rumah itu, kita menjumpai beg hitam berisi 110 paket disyaki heroin seberat 2.4 kilogram, 380 gram syabu dan 10 biji pil eramin 5" katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak di sini semalam.

Turut dirampas ialah sebuah kereta Proton Gen 2, sebuah motosikal Yahama, komputer riba, wang tunai dan rantai leher.

Dua beradik itu turut disahkan positif methadon.

"Siasatan mendapati suspek merupakan anggota Geng 04 dan baru dua bulan terlibat dalam aktiviti pengedara dadah," kata beliau.

Dua beradik itu ditahan mengikut Seksyen  39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas lanjut, Acryl Sani memberitahu, seramai lapan ahli geng kongsi gelap ditahan di Perak sejak 18 Ogos lalu.

"Lapan orang itu ditahan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966," katanya.

No comments:

Post a Comment