Translate

Wednesday, May 1, 2013

Janji pembangkang hapuskan tol tidak realistik


IPOH - Janji pembangkang untuk menghapuskan caj tol di semua lebuh raya di negara ini tidak logik kerana di luar kemampuan kewangan negara, ujar Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya RM6 bilion setahun perlu dibayar sebagai pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya sekiranya mahu mengecualikan caj tol kepada pengguna.

"Kalau nak ambil alih pengurusan lebuh raya daripada syarikat konsesi, kerajaan perlu membayar lebih RM100 bilion. Realistik ke? (manifesto pembangkang)," katanya selepas melancarkan program Khidmat Kaunter Masyarakat di Kampung Tengku Hussein, Ipoh hari ini. - KOSMO!

2 comments:

  1. Kalau BN mmg tak boleh buat. Sbb duit banyak masuk poket pemimpin.
    Masa BN perintah Selangor, duit ada cuma 400 juta.
    PR pegang Selangor duit dah ada lebih 2 billion.
    Ada Paham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tunai manifesto, kurangkan belanja untuk program kebajikan rakyat, jual aset Yayasan Selangor dan PKNS serta bail-out Talam bolehlah PR Selangor dapat 2 bilion.

      kalau PR ikut method cam tu gak kalau diizin Allah kuasai Putrajaya, ingat janji tol percuma tu diorang nak buat? Jangan haraplah kawan, ada faham?

      Delete