Translate

Sunday, April 7, 2013

Suksis UPSI juara sukan zon utara


JUARA. Kontijen Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi  (Suksis) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul juara Karnival Sukan Suksis Zon Utara yang diadakan di  kampus UPSI, Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Ketua Platun Suksis UPSI, Vasyrin Parmin berkata,  kontijen USPI yang menggondol empat emas, enam perak dan satu gangsa berjaya mengatasi cabaran daripada empat  institusi pengajian tinggi awam lain.

Beliau berkata, karnival sukan yang mempertandingkan 10  jenis sukan seperti bola sepak, bola jaring dan badminton  turut disertai kontijen dari Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang, Universiti Utara Malaysia , Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.

“Karnival sukan tahunan ini bertujuan untuk merapatkan  lagi hubungan dalam kalangan anggota Suksis daripada IPTA di zon  Utara,” katanya.

No comments:

Post a Comment