Translate

Saturday, April 27, 2013

Najib kutuk insiden tembak, gesa siasatan segera


IPOH - Datuk Seri Najib Tun Raza mengarahkan polis menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim semalam.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden kejam itu, Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu kejutan kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta melibatkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

"Kejadian itu berlaku kepada anggota kita (penjawat awam) yang sedang ambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kepada pihak yang tidak senang dengan tindakan tegas (mereka).

"Saya kutuk perbuatan tersebut sekeras-kerasnya," tegasnya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama anggota keselamatan di Markas Briged Utara Hulu Kinta di sini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Sementara itu, Ismail memberitahu polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin untuk menyiasat kes pembunuhan Shaharuddin.

"Polis percaya pembunuhan itu bertujuan untuk menghalang pihak berkuasa menjalan tugas," katanya yang memberitahu kejadian itu tiada kaitan dengan isu politik.

No comments:

Post a Comment