Translate

Thursday, April 25, 2013

Lelaki mati ditembak ketika bersarapan


TAIPING - Seorang lelaki yang sedang menikmati sarapan pagi maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian yang turut disaksikan lebih 20 pelanggan di sebuah warung di Dataran Pasar, Simpang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd. Diah berkata, kejadian pukul 9.05 mati itu mengakibatkan A. Muthazagal, 46, mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembak di belakang kepalanya.

Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa didatangi seorang lelaki memakai topi keledar bertutup penuh yang terus melepaskan tembakan.

"Suspek yang memakai baju T dan berseluar panjang itu kemudian melarikan diri ke seberang jalan dan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Ego berwarna hitam yang ditunggang oleh seorang lelaki lain," katanya kepada Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment