Translate

Tuesday, July 24, 2012

Timun betik pencuci mulut istimewa pada Ramadan

 IPOH - Sesuai dengan jolokan buah bulan puasa,  timun   betik  kembali dicari oleh kebanyakan warga bandar raya ini sempena Ramadan ini.

Berkulit kuning cair seperti  betik  tetapi biji berserat seperti  timun , buah tersebut menjadi hidangan pencuci mulut kegemaran penduduk tempatan ketika berbuka puasa.

Seorang peniaga, Ahmad Zawawi Abdul Rahim, 45, berkata,  timun   betik  yang biasanya dimakan bersama santan dan gula Melaka sentiasa mendapat permintaan tinggi setiap kali Ramadan.
 "Pada tahun ini, saya mendapat bekalan  timun   betik  dari Bota dan menjualnya pada harga RM3 sekilogram.

"Berdasarkan pengalaman selama enam tahun sebagai peniaga  timun   betik , sebanyak satu tan buah ini dapat saya jual sepanjang bulan puasa," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Ipoh di sini semalam.

Ahmad Zawawi berkata,  timun   betik  yang masak ranum paling sesuai dimakan dan ia boleh dikenal pasti melalui kulit luar yang merekah.

Sementara itu seorang pembeli, Maimunah Ahmad, 39, memberitahu,  timun   betik  lebih sedap dimakan sejuk dengan dicampur ketulan ais atau disimpan sejuk sementara menunggu waktu berbuka puasa.

"Kalau tidak suka santan, boleh ganti dengan susu cair. Rasa potongan  timun   betik  yang tawar akan sebati dalam rendaman santan dan gula Melaka.

"Orang tua-tua kata buah ini mengandungi banyak khasiat termasuk menurunkan tekanan darah tinggi," katanya.

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Kalau boleh nak dapatkan nama pembekal buah timun betik ini.. boleh saudara kongsi maklumat beliau

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Kalau boleh nak dapatkan nama pembekal buah timun betik ini.. boleh saudara kongsi maklumat beliau

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam,

    maaf saya tiada nombor contact pembekal. boleh jumpa En. Ahmad Zawawi di Pasar Besar Ipoh.

    ReplyDelete