Translate

Wednesday, February 29, 2012

Sindiket cetak DVD haram lumpuh

IPOH - Sindiket mencetak cakera video digital (DVD)  cetak rompak untuk edaran sekitar daerah Kampar lumpuh  berikutan serbuan di sebuah rumah dipercayai pusat pencetakan DVD haram di Tanjung Tualang, Kampar dekat sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, penguat kuasa  Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan,  Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak berjaya  menemui 1,144 DVD cetak rompak pelbagai judul.

Timbalan Ketua Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan  Penguatkuasaan, KDN cawangan Perak, Ahmad Nasrul Jalaludin berkata, antara filem terbaru yang turut dicetak rompak ialah Hantu Dalam Botol Kicap.

“Sebanyak 73 daripada DVD berkenaan dikenal pasti sebagai lucah. Serbuan turut merampas dua set penyalin DVD,  tujuh mesin pengimbas dan pencetak dan sebuah tele visyen.

“Jumlah rampasan dianggarkan berjumlah hampir  RM20,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad Nasrul berkata, risikan pihaknya mendapati sindiket berkenaan mula bergerak aktif mencetak dan me ngedarkan DVD cetak rompak untuk pasaran sekitar daerah  Kampar sejak hujung tahun lalu.

Menurut beliau, rumah terbabit dijadikan sebagai pusat  pencetakan DVD cetak rompak sebelum dijual di pasar  malam dan pasar pagi.

“Modus operandi mereka ialah membeli DVD asli sebelum  membuat salinan cetak rompak sebanyak mungkin.

“Mereka juga mengimbas kulit DVD yang mempunyai logo  hologram KDN dengan menggunakan kertas berkualiti ting gi bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Begitupun katanya, tiada tangkapan  dibuat memandangkan premis tersebut kosong semasa  serbuan dilakukan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (1) (c) Akta  Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan penjara mak simum tiga tahun, denda antara RM5,000 hingga RM30,000  atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment