Translate

Thursday, February 2, 2012

Kerja keras, bersatu padu kunci kejayaan BN

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Bekerja keras dengan strategi tepat dan semangat bersatu padu merupakan dua kunci utama yang digariskan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib  Tun Razak bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat menerajui negara.

Beliau berkata, dua perkara tersebut perlu menjadi pegangan semua anggota komponen BN bagi membolehkan parti memerintah itu mantap sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU).

"Ini bukan sahaja terpakai kepada  MCA  tetapi juga kepada UMNO, Gerakan, MIC dan semua parti komponen BN lain di seluruh negara. Kita perlukan BN yang bersatu padu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak  di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Presiden  MCA , Datuk Seri Chua Soi Lek dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Sehubungan itu, Najib berkata, semua anggota komponen perlu bekerja keras memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan terus meningkat demi kejayaan BN.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, rakyat perlu terus diyakinkan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bukan sahaja mempunyai wawasan masa depan untuk negara tetapi juga berkesan untuk mencapai cita-cita besar itu.

No comments:

Post a Comment