Translate

Thursday, February 23, 2012

Kaum Cina kurang minat program Tukar

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan Kepenggunaan menyeru lebih ramai peniaga kedai  runcit kaum Cina menyertai program Projek Transformasi  Kedai Runcit (Tukar).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  setakat ini penglibatan peniaga kaum tersebut dalam prog ram Tukar yang dilancarkan awal tahun lalu amat sedikit  iaitu hanya 7.5 peratus.

“Sambutan dingin di kalangan peniaga kedai runcit kaum  Cina dipercayai berpunca ekoran rasa tidak yakin dengan  program ini.

”Mereka lebih bersikap tunggu dan lihat sedangkan telah  banyak bukti kejayaan peserta program Tukar termasuk  daripada kaum mereka sendiri,” katanya selepas melan carkan program Tukar di Kedai Runcit Xin Dong Li, Jalan  Chung Thye Phin di sini kelmarin.

Ismail Sabri memberitahu, sebagai contoh, Xin Dong Li  yang dimiliki Thong Siang Mim, 37, mampu meningkatkan  keuntungan sehingga 200 peratus sehari sejak menyertai  program Tukar pada November lalu.

No comments:

Post a Comment