Translate

Thursday, October 6, 2011

Perompak parah ditembak direman seminggu

IPOH - Seorang penjenayah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini setelah cedera parah ditembak oleh pemilik sebuah banglo pada Ahad lalu direman seminggu mulai semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner  Azisman   Alias  berkata, perintah reman terhadap suspek diperoleh pihaknya selepas mendapat kebenaran doktor yang menilai tahap kecederaannya.

"Keadaan suspek yang kritikal sebelum ini semakin stabil dan soal siasat bagi membantu berhubung kes cubaan pecah rumah itu akan diteruskan di katil hospital berkenaaan.

"Siasatan awal polis mendapati suspek yang berusia 30-an itu mempunyai sembilan rekod jenayah melibatkan kes pecah rumah, curi dan samun di sekitar bandar raya ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang ahli perniagaan berusia 91 tahun bertindak nekad menembak perompak dengan pump gun bagi menggagalkan cubaan memecah masuk banglonya di Jalan Raja Di Hilir di sini.

Sebaik ditembak di badannya, penjenayah tersebut cuba melarikan diri tetapi tertiarap di bahu jalan tidak jauh dari banglo terbabit.

Pemeriksaan polis di dalam banglo berkenaan juga menjumpai sebilah parang dipercayai milik suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan

No comments:

Post a Comment