Translate

Tuesday, October 25, 2011

MK Land tawar kepakaran bina rumah mampu milik

IPOH - MK Land Holding Berhad (MK Land) menawarkan kepakarannya yang selama ini banyak terlibat dalam projek hartanah mampu milik untuk membantu kerajaan menjayakan program pembinaan rumah mampu milik.

Pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, sehingga kini MK Land dan sebuah lagi syarikat hartanah miliknya, Kumpulan Emkay telah berjaya membina 38,800 unit rumah mampu milik bernilai RM4.5 bilion di seluruh negara sejak beroperasi hampir 30 tahun lalu.

“Kemampuan kami membina rumah mampu milik yang berharga dari RM25,000 hingga RM400,000 telah terbukti sehingga telah dianugerahi projek pembinaan rumah di Bangalore, India pada tahun lalu.

“Sehubungan itu, MK Land bersedia menawarkan pengalaman dan kepakaran untuk sama-sama menjayakan program pembinaan rumah mampu milik yang sedang diusahakan kerajaan,” katanya selepas majlis penyerahan kunci kepada pembeli rumah kedai setingkat dan dua tingkat di Meru Perdana, Bandar Meru Raya di sini semalam.

Meru Perdana seluas 37.26 hektar merupakan projek pembangunan hartanah bercampur ketiga selepas Taman Bercham Raya dan Taman Kledang Putra diusahakan Zaman Teladan Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat MK Land di bandar raya ini.

Mustapha Kamal berkata, berdasarkan pengalaman luas dalam pembinaan rumah mampu milik, MK Land juga sedia berkerjasama dengan syarikat pembangunan hartanah lain yang mempunyai tanah kosong untuk membantu menjayakan projek pembangunan hartanah terbabit.

Menurut beliau. MK Land yang rangkaian baik dengan pihak bank, konsultan hartanah dan pihak perundangan juga mempunyai pusat sehenti yang akan memudahkan pembeli menyelesaikan urusan pembiayaan transaksi hartanah dalam masa yang singkat.

No comments:

Post a Comment