Translate

Friday, October 7, 2011

Masjid terbakar selepas solat Isyak

 BOTA  -  Masjid   Al-Rahmaniah  di Kampung Padang Changkat di sini yang berusia 22 tahun musnah dalam kebakaran kelmarin sebaik sahaja semua jemaah pulang setelah selesai mengerjakan solat Isyak.

Kebakaran  masjid  yang boleh memuatkan kira-kira 200 jemaah itu disedari beberapa penduduk kampung pada pukul 9.30 malam.

Pegawai Bomba Kanan 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Tengah, Mohd. Sharip Kasim berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Beberapa penduduk kampung yang baru meninggalkan  masjid  selepas menunaikan solat Isyak terkejut apabila ternampak kepulan asap dan api dari bahagian bumbung  masjid  terbabit sebelum melaporkannya kepada pihak bomba.

"Sebuah jentera dengan tujuh anggota dari Balai Bomba Perak Tengah yang sampai tidak lama kemudian berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh setengah jam," katanya di sini semalam.

Md. Sharrif berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas dan jumlah kerugian dianggarkan RM200,000.

No comments:

Post a Comment