Translate

Wednesday, October 26, 2011

MPMP bantu majukan Perak

 MUAFAKAT. Majlis Perundingan Mahasiswa Perak  (MPMP) ditubuhkan kerajaan negeri Perak di Bangunan  Perak Darul Ridzuan, Ipoh baru-baru ini.

Seramai 20 wakil pelajar kelahiran Perak dari 20 institusi  pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menerima watikah  keanggotaan dalam majlis perundingan itu daripada Menteri  Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Zambry berkata, MPMP menjadi platform kepada go longan mahasiswa kelahiran Perak menyuarakan panda ngan, cadangan dan kritikan kepada kerajaan negeri.

MPMP akan dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pela jaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan  Teknologi Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid  sementara Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM),  Datuk Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai penasihatnya.

Tuesday, October 25, 2011

MK Land tawar kepakaran bina rumah mampu milik

IPOH - MK Land Holding Berhad (MK Land) menawarkan kepakarannya yang selama ini banyak terlibat dalam projek hartanah mampu milik untuk membantu kerajaan menjayakan program pembinaan rumah mampu milik.

Pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, sehingga kini MK Land dan sebuah lagi syarikat hartanah miliknya, Kumpulan Emkay telah berjaya membina 38,800 unit rumah mampu milik bernilai RM4.5 bilion di seluruh negara sejak beroperasi hampir 30 tahun lalu.

“Kemampuan kami membina rumah mampu milik yang berharga dari RM25,000 hingga RM400,000 telah terbukti sehingga telah dianugerahi projek pembinaan rumah di Bangalore, India pada tahun lalu.

“Sehubungan itu, MK Land bersedia menawarkan pengalaman dan kepakaran untuk sama-sama menjayakan program pembinaan rumah mampu milik yang sedang diusahakan kerajaan,” katanya selepas majlis penyerahan kunci kepada pembeli rumah kedai setingkat dan dua tingkat di Meru Perdana, Bandar Meru Raya di sini semalam.

Meru Perdana seluas 37.26 hektar merupakan projek pembangunan hartanah bercampur ketiga selepas Taman Bercham Raya dan Taman Kledang Putra diusahakan Zaman Teladan Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat MK Land di bandar raya ini.

Mustapha Kamal berkata, berdasarkan pengalaman luas dalam pembinaan rumah mampu milik, MK Land juga sedia berkerjasama dengan syarikat pembangunan hartanah lain yang mempunyai tanah kosong untuk membantu menjayakan projek pembangunan hartanah terbabit.

Menurut beliau. MK Land yang rangkaian baik dengan pihak bank, konsultan hartanah dan pihak perundangan juga mempunyai pusat sehenti yang akan memudahkan pembeli menyelesaikan urusan pembiayaan transaksi hartanah dalam masa yang singkat.

Lapan pengedar dadah diberkas


Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH – Polis menumpaskan sebuah sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah terbesar di daerah Kinta ekoran empat serbuan di bandar raya ini dan penahanan lapan lelaki pada Sabtu lalu.

Sindiket yang dianggotai lapan lelaki berusia 26 hingga 36 tahun itu dipercayai aktif sejak enam bulan lalu dengan melibatkan urus niaga pengedaran dadah bernilai jutaan ringgit di bandar raya ini, Batu Gajah dan Kampar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam semua serbuan tersebut, polis menyita pelbagai jenis dadah dan peralatan membuat dadah yang kesemuanya berharga hampir RM1 juta.

Menurut beliau, antara dadah yang dirampas adalah lapan kilogram (kg) heroin, syabu (1.219kg), syabu cecair (30 liter), ketamin (108 gram) dan pil psikotropik (21 gram). Kesemua dadah itu bernilai RM550,000.

Turut dirampas tiga buah kereta, sebuah lori, tiga buah motosikal, wang tunai, barangan kemas, seutas jam tangan dan sembilan telefon bimbit yang kesemuanya bernilai RM371,000.

“Sindiket ini menumpukan kepada pemprosesan dan pengedaran dadah jenis heroin dan syabu untuk dipasarkan di sekitar daerah Kinta.

“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis percaya berjaya menjejaskan penawaran dadah di daerah ini,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Mengenai suspek ditahan, Noor Rashid berkata, tujuh daripada mereka merupakan anak jati bandar raya ini, manakala seorang lagi berasal dari Melaka.

Dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah.

Suspek-suspek itu ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Meru Impiana, Jelapang Tambahan, Taman Silibin Mewah dan Taman Suria, Tanjung Rambutan.

Salah seorang suspek ditahan patah tangan kiri dan cedera di pinggang dan kaki setelah nekad terjun dari tingkat satu kondominium yang diserbu.

Kesemua yang ditahan direman selama lapan hari sehingga 29 Oktober ini dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Friday, October 21, 2011

Kellie's Castle naik taraf jadi istana klasik baharu

 BATU GAJAH - Istana kota tinggalan peladang getah terkemuka British yang menjadi tumpuan pelancong,  Kellie 's  Castle  di sini akan berubah wajah menjadi 'istana klasik sebenar' pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, ruang dalaman  Kellie 's  Castle  yang selama ini kosong akan diubah suai termasuk dihiasi dengan perabot antik awal kurun ke-20.

"Kerja-kerja hiasan dalaman ini akan menjadikan istana kota tinggalan William  Kellie  Smith yang kini berusia 101 tahun ini benar-benar sebagai istana bangsawan Inggeris," katanya selepas mengadakan lawatan kerja di  Kellie 's  Castle  dan lokasi kapal korek bijih timah Tanjung Tualang di sini semalam.

Hamidah berkata, selain pengubahsuaian hiasan dalam yang menelan belanja RM1.2 juta, projek peningkatan kemudahan pelancongan di  Kellie 's  Castle  itu turut melibatkan pembinaan kemudahan baru seperti tempat letak kereta dan bas, gerai, mini teater dan surau.

Menurut beliau, kerja-kerja naik taraf yang dijangka siap pada Oktober 2012 itu dijangka bakal menarik lebih ramai pengunjung ke istana kota itu yang kini dianggarkan berjumlah 66,000 orang setahun.

"Selain nilai sejarah dan seni bina bangunan yang unik,  Kellie 's  Castle  terkenal sebagai lokasi penggambaran filem dan drama.

"Selain itu saya difahamkan, ramai juga pasangan pengantin mengabadikan foto perkahwinan mereka di sini," katanya.

Hamidah memberitahu, biarpun akan mengalami proses naik taraf dalam masa setahun,  Kellie 's  Castle  akan terus dibuka kepada awam.

Wednesday, October 19, 2011

Malam Media MBI rai wartawan Perak

 MESRA. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meraikan ahli-ahli media Perak pada majlis Malam Media MBI 2011 di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh baru-baru ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, mulai awal tahun ini, MBI telah mengambil beberapa pendekatan lebih mesra dalam berinteraksi dengan wartawan tempatan.

Beliau berkata, antaranya ialah sarapan pagi bersama Ketua Biro, pertandingan boling persahabatan dan lawatan ke beberapa pejabat cawangan organisasi media di bandar raya tersebut.

"Majlis malam media yang dianjurkan ini adalah merupakan kemuncak daripada rentetan program bagi merapatkan hubungan pengurusan kanan MBI dengan pengamal media Perak," katanya.

Perak sedia awal hadapi musim 2012

SEKURANG-KURANGNYA 80 peratus pemain skuad Perak akan dikekalkan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, biarpun sekadar berada di tempat keenam saingan Liga Super dan mara ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia musim ini, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi kebanyakan pemain skuad Seladang musim ini.

"Hanya sekitar 20 peratus pemain sedia ada yang gagal menyerlah akan digugurkan, manakala selebihnya dikekalkan.

"Begitupun, selain beberapa pemain Piala Presiden berpotensi yang akan dinaikkan pangkat, sekurang-kurangnya tujuh termasuk dua pemain import akan diserap untuk memperkukuhkan lagi pasukan pada musim depan," katanya kepada pemberita semalam.

Zainol Fadzi berkata, setakat ini, dua pemain masing-masing dari Selangor dan Kuala Lumpur telah menyatakan persetujuan untuk menjarung jersi Perak pada musim depan.

Menurut beliau, pemain terbabit yang tidak dinyatakan identiti itu dijangka akan menandatangani perjanjian dengan skuad Seladang setelah kontrak mereka dengan pasukan masing-masing berakhir pada bulan depan.

"Selain itu, kita saedang mengintai beberapa pemain import berpotensi daripada Liga Arab, Afrika dan beberapa negara jiran khususnya Indonesia dan Thailand.

"Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun dan jurulatih, Norizan Bakar telah diberi tanggungjawab untuk memilih pemain baru terbabit," katanya.

Dalam perkembangan sama, Zainol Fadzi mendedahkan sekurang-kurangnya sembilan pemain Perak musim ini telah cuba dipancing oleh pasukan-pasukan lain.

Namun, beliau yakin semuanya akan kekal di Ipoh memandangkan mereka masih mempunyai baki kontrak sehingga akhir 2012.

Sebelum ini, dua pemain pinjaman Perak, Mohd. Failee Mohd. Ghazali (USM) dan Muhamad Rafiuddin Mohd. Roddin dari skuad Harimau Muda A telah ditawarkan kontrak kekal setelah beraksi cemerlang pada saingan Piala Malaysia 2011.

Tuesday, October 18, 2011

Klinik hoki Pintar cungkil bakat anak-anak Malaysia

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

KESERONOKAN dan tumpuan jelas ditunjukkan lebih 40 murid ketika berlangsungnya Klinik Hoki TNB di Ringlet, Cameron Highlands baru-baru ini.

Murid-murid Tahun Empat daan Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Ringlet ini mendengar dengan penuh minat dan berlatih bersungguh-sungguh dengan beberapa kemahiran asas bermain hoki yang ditunjuk ajar oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman TNB.

Walaupun jauh dari bandar besar, mereka tidak dipinggirkan dalam pembangunan sukan anjuran syarikat utiliti negara bagi menyokonmg salah satu kriteria program Pintar kendalian Khazanah Nasional. Program tersebut bertujuan mengasah bakat murid agar bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah kokurikulum.

Tidak mengira jantina dan keturunan, para murid ini turut disumbangkan peralatan hoki baru seperti kayu hoki, bola hoki dan set penjaga gol dalam membantu usaha menjejak 'permata' baru yang boleh digilap sebagai pelapis pemain pada masa hadapan.

Murid Orang Asli, Kivib a/l Dali, 11, menyimpan harapan yang besar untuk beraksi di peringkat antarabangsa sebagai pemain kebangsaan.

"Saya berazam untuk bergiat aktif dalam sukan hoki dan menanam cita-cita untuk menyarung jersi negara apabila dewasa kelak," katanya.

Cita-cita ini turut dikongsi rakannya, Edrul a/l Azril, 11.

"Saya harap dapat beraksi di Sukan Olimpik bersama skuad hoki kebangsaan suatu hari nanti. Kami seronok mendapat latihan daripada jurulatih TNB," ujarnya.

Murid-murid ini sememangnya bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari pemain dan bekas pemain hoki kebangsaan yang merupakan kakitangan TNB.

Antaranya, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, Lailin Sallehin Abdul Ghani, Hayazi Haroon, Mohd. Fairuz Wanazir dan Yuwana Abd. Rahman.

Lailin berkata, berdasarkan pemerhatiannya, beliau optimis beberapa bakat baru daripada komuniti Orang Asli telah ditemui.

Beliau yang juga Penolong Jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan itu memberitahu beberapa murid Orang Asli berkenaan mempunyai susuk badan, skil, stamina dan semangat yang sesuai untuk membarisi skuad kebangsaan pada masa depan.

"Biarpun ada beberapa pelatih terbabit baru pertama kali memegang kayu hoki, mereka cepat mahir dan menunjukkan kebolehan bermain dalam masa yang singkat.

"InsyaAllah jika terus digilap dan dibimbing, pelatih lelaki dan perempuan itu boleh pergi jauh dan tidak mustahil menjadi Orang Asli pertama mewakili negara dalam sukan hoki," katanya.

Bagi seorang lagi murid Orang Asli, Fachrul Nisa Amrol, 11, peluang berlatih dengan lagenda hoki negara ini umpuma mimpi menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya dapat lihat mereka di kaca televisyen, latihan ini amat berharga dan saya akan ingat sampai bila-bila," katanya.

Murid 10 tahun, C. Nettie Natasha pula berkata, walaupun pertama kali memegang kayu hoki, dia mendapati sukan tersebut amat menarik dan menyeronokkan.

Menurut Guru Besar SK Ringlet, Ismail Bakar, kelab hoki SK Ringlet hanya wujud seleps penglibatan sekolah berkenaan dalam program Klinik Hoki TNB. Semua peralatan hoki sekolah juga adalah sumbangan GLC tersebut.

"Pelatih untuk klinik hoki tersebut dipilih daripad murid berpotensi untuk membawa cabaran Cameron Highlands di peringkat daerah pada tahun hadapan," tambahnya.

Seramai 700 pelajar dari 25 sekolah yang merupakan sekola angkat program Pintar TNB seluruh negara telah diberi pendedahan dalam sukan hoki sejak program Klinik Hoki TNB bermula pada 2009.

Lailin memberitahu TNB bangga beberapa pasukan hoki sekolah terbabit telah menunjukkan peningkatan baik di peringkat daerah dan negeri.

"Malah ada di kalangan pelatih sudah diserap untuk mewakili daerah dan negeri masing-masing," katanya.

Sepanjang sejam 30 minit klinik tersebut berlangsung di SK Ringlet, murid-murid diajar beberapa kemahiran asas bermain hoki seperti teknik memegang kayu hoki yang betul, menimbang bola hoki, mengawal bola hoki sambil berlari, menggelecek dan mengambil pukulan sudut penalti.

"Terima kasih kepada jurulatih. Kami hargai ilmu bermain hoki yang diberikan," ucap S. Kichen,10, terhadap kesediaan jurulatih TNB mencurah pengalaman kepadanya dan rakan-rakan lain.

Peminat maraton graduan terbaik UTP

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

SERI ISKANDAR - Keghairahan menyertai acara ma raton tidak menghalang Lai Chin Leong, 23, cemerlang  dalam pengajian sekali gus dinobatkan penerima Anugerah Canselor Emas pada Konvokesyen Universiti Teknologi  Petronas (UTP) ke-11 di sini semalam.

Beliau mampu memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ke pujian Kejuruteraan Awam Kelas Pertama biarpun sibuk  menyertai lebih 20 pertandingan maraton di seluruh negara.

“Antara pertandingan maraton yang disertai ialah Maraton Malam Putrajaya, Marathon Standard Chartered,  Maraton Malakoff Pulau Pinang dan Larian Ekiden Antarabangsa.

“Biasanya saya curi-curi masa berlatih berlari di sekeliling  kampus pada setiap petang dan menyertai kejohanan maraton terbabit pada hujung minggu,” katanya selepas menerima anugerah  terbabit daripada Canselor UTP, Tun Dr. Mahahthir Mohamad.

Selain itu, katanya, projek penyelidikan Ching Leong mengenai  sistem pengurusan sisa mendapan minyak enjin pernah  meraih pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi pingat  Emas pada Ekspo Produk dan Inovasi Baru di Amerika  Syarikat dan pingat Perak pada Pameran Penciptaan, Ino vasi dan Teknologi tahun lalu.

Anak kepada pasangan Lai Ah Kau dan Yap Bee Eng memilih bekerja sambil belajar dengan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam jurusan Kejuruteraan Awam di universiti sama.

Beliau yang berasal dari Taiping memberitahu akan memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Petronas Carigali Sdn. Bhd. pada awal tahun depan.

Selain beliau, dua graduan cemerlang lain, Muhammad  Aiman Jamaludin, 22, (program Kejuruteraan Petroleum) bagi kategori Perak dan T. Kuhanesapathy, 23, (program Kejuruteraan Kimia) kategori Gangsa.

Jel 10 tahun lacur gadis Vietnam


IPOH – Sepasang kekasih termasuk wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia pada 2008.
 Kong Kok Kyt, 32, dan Lee Vo Tu, 25, warga Vietnam yang hamil lima bulan didakwa memperdaya dua wanita Vietnam untuk melakukan aktiviti pelacuran di sebuah pusat karaoke di Kampung Koh, Sitiawan dari 19 Julai 2008 hingga 23 September 2008.

Berdasarkan fakta kes, dua wanita Vietnam terbabit mengadu dipaksa menjadi kupu-kupu malam di lokasi terbabit sejurus tiba di negara ini pada pertengahan 2008.

Sebelum itu, kedua-dua mangsa mendakwa mereka diperdaya kedua-dua tertuduh yang menjanjikan pekerjaan sebagai tukang jahit di sebuah kilang di negara ini namun apabila sampai mereka dipaksa menjadi pelacur.

Selepas 10 hari dilacurkan, dua wanita Vietnam terbabit diberkas polis dalam satu serbuan di pusat karaoke terbabit sebelum masing-masing dikenakan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Manjung kerana menyalahgunakan pas lawatan.

Denda itu diselesaikan oleh Kok Kyt sebelum mereka kemudian dikurung dan dipaksa kembali menjalankan aktiviti pelacuran.

Namun pada 12 Januari 2009, kedua-dua mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa mereka.

Kok  Kyt yang merupakan pemandu jentera berat dan Vo Tu kemudian diberkas beberapa hari kemudian dan dihadapkan ke mahkamah.

Hakim Noorhayati Mad membenarkan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai dengan syarat denda yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh dilunaskan semalam.

Kedua-dua tertuduh melunaskan denda itu dan mereka juga dibebaskan dengan jaminan masing-masing berjumlah RM12,000 dan RM20,000.

Pelajar Orang Asli cemerlang terima imbuhan

DORONGAN. Seramai 22 pelajar Orang Asli seluruh Perak  yang cemerlang menerima insentif daripada Yayasan Sultan  Azlan Shah (YSAS) di Institut Teknologi Perak (ITP), Ipoh  baru-baru ini.

Dalam program anjuran Yayasan Orang Asli Perak  (YOAP) itu, 13 pelajar tingkatan enam komuniti sama turut menerima hadiah galakan yang disampaikan Raja Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shah.

Pengerusi YOAP, Datuk Suki Mee berkata, YOAP me nerima dana kira-kira RM500,000 daripada YSAS untuk  melaksanakan program pembangunan pendidikan masy rakat Orang Asli negeri tersebut.

“Pelbagai program telah dijalankan seperti kelas tuisyen  dan ceramah motivasi melibatkan seramai 1,150 pelajar Orang Asli seluruh Perak. Program seperti ini akan terus diadakan,” katanya.

Monday, October 17, 2011

BSN sumbang van jenazah

AMAL JARIAH. Bank Simpanan Nasional (BSN) me nyumbang sebuah van jenazah kepada Persatuan Bantuan  Kematian Orang-Orang Islam Kampung Sungai Tapah, Manjoi, Ipoh baru-baru ini.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning berkata,  sumbangan van jenazah terbabit yang dibiayai menggu nakan wang zakat perniagaan Skim Perbankan Islam (SPI) BSN itu merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat bank berkenaan.

Dalam majlis sama, BSN turut menyampaikan beg sekolah  dan tabung kepada penghuni rumah anak yatim dan miskin serta pelajar maahad tahfiz berhampiran.

Penyampaian sumbangan itu disempurnakan Menteri Ke wangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Wednesday, October 12, 2011

Pusat Ar-Rahnu YBU-Yapiem dibuka


PERKHIDMATAN BARU. Pusat Ar-Rahnu Yayasan Bina  Upaya (YBU) - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Ma laysia (Yapeim) membuka cawangan pertamanya di Jalan  Sultan Idris, Ipoh baru-baru ini.

Perasmian pusat kewangan yang menawarkan program mikro kredit berdasarkan konsep gadaian Islam itu di rasmikan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangu nan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan  dan Kebajikan Perak, Datuk Shaarani Mohamad.

Pengarah Urusan YBU Ar Rahnu Sdn. Bhd, Khairul  Azwan Harun berkata, Pusat Ar-Rahnu YBU-Yapiem mem beri keistimewaan kepada pelanggan terdiri golongan miskin  dan miskin tegar dengan mengenakan caj upah yang lebih  rendah daripada kadar pasaran.

Tuesday, October 11, 2011

Lanjut umur pencen tak jejas golongan muda

MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Cadangan melanjutkan umur persaraan kaki tangan awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun tidak akan menafikan peluang golongan muda untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah  berkata, kajian mendalam telah dilakukan sebelum cadangan  terbabit dibentangkan pada Bajet 2012.

“Kajian tersebut mendapati peluang tenaga baru untuk  memasuki pasaran kerja tidak terjejas berikutan pelanjutan  umur persaraan kakitangan kerajaan.

“Apatah lagi perancangan Program Transformasi  Ekonomi yang diperkenal kerajaan memerlukan memerlukan ramai tenaga kerja sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak di Parlimen kelmarin.

Ahmad Husni memberitahu cadangan melanjutkan tem poh umur persaraan itu juga berpandu kepada jangka hayat  penduduk negara ini yang semakin meningkat iaitu melebihi 70 tahun.

Menurut beliau, selain tahap kesihatan rakyat kini lebih baik, individu yang berusia 60 tahun didapati masih produktif untuk bekerja.

“Antara kelebihan terus menggaji pekerja yang berpengalaman ini ialah mereka bukan sahaja kaya dengan  kemahiran dan ilmu pengetahuan malah lebih berhikmah dalam melaksanakan tugas dan membuat keputusan,” katanya.

Saturday, October 8, 2011

TRKS destinasi eko pelancongan terbaharu

IPOH - Perak bakal mempunyai destinasi pelancongan  terbaru dengan pembukaan Taman Rimba Kledang Saiong  (TRKS) berkonsep eko pelancongan berhampiran Bandar  Meru Raya di sini pada Februari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangu nan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak,  Datuk Hamidah Osman berkata, taman rimba seluas 2,188.05  hektar itu merupakan antara taman rimba terbesar di negara ini.

Beliau berkata, selain mempunyai beberapa rangkaian air  terjun yang terbentuk daripada Sungai Sah dan Sungai  Chepor, TRKS kaya dengan pelbagai khazanah flora fauna  termasuk beberapa spesies pokok yang cuma terdapat di kawasan tersebut.

“Lokasinya juga strategik kerana berhampiran Bandar  Meru Raya dan hanya 4.5 kilometer (km) dari persimpangan  Lebuh raya Utara-Selatan.

“TRKS adalah antara produk pelancongan terbaru yang  akan ditampil sempena Tahun Melawat Perak pada tahun  depan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di tapak  taman rimba berkenaan di sini semalam.

Hamidah memberitahu, selain melakukan aktiviti per kelahan dan perkhemahan, TRKS menyediakan beberapa  segmen untuk pengunjung menghayati keindahan flora  fauna iaitu denai alam, denai jelajah hutan, taman herba,  taman orkid dan pemerhatian burung.

Menurut beliau, taman rimba itu juga mesra orang  kelainan upaya (OKU) dengan pembinaan sebuah denai khas  untuk golongan istimewa tersebut.

Friday, October 7, 2011

Merdeka Raya terus disambut

MERIAH. Lebih 1,000 penduduk sekitar Chemor me raikan sambutan Merdeka Raya anjuran Pusat Khidmat Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi di pekan Chemor, Ipoh baru-baru ini.

ADUN Manjoi, Datuk Nadzri Ismail berkata, biarpun  bulan Syawal dan 31 Ogos sudah berlalu, ia bukan halangan  untuk masyarakat berkumpul bersama bagi mengeratkan  hubungan satu sama lain memperingati dua peristiwa besar tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Tambun,  Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.

Para hadirin  bersemangat menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Selain menikmati pelbagai makanan enak, kanak-kanak yang hadir juga diberi duit raya.

Masjid terbakar selepas solat Isyak

 BOTA  -  Masjid   Al-Rahmaniah  di Kampung Padang Changkat di sini yang berusia 22 tahun musnah dalam kebakaran kelmarin sebaik sahaja semua jemaah pulang setelah selesai mengerjakan solat Isyak.

Kebakaran  masjid  yang boleh memuatkan kira-kira 200 jemaah itu disedari beberapa penduduk kampung pada pukul 9.30 malam.

Pegawai Bomba Kanan 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Tengah, Mohd. Sharip Kasim berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Beberapa penduduk kampung yang baru meninggalkan  masjid  selepas menunaikan solat Isyak terkejut apabila ternampak kepulan asap dan api dari bahagian bumbung  masjid  terbabit sebelum melaporkannya kepada pihak bomba.

"Sebuah jentera dengan tujuh anggota dari Balai Bomba Perak Tengah yang sampai tidak lama kemudian berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh setengah jam," katanya di sini semalam.

Md. Sharrif berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas dan jumlah kerugian dianggarkan RM200,000.

Thursday, October 6, 2011

Perompak parah ditembak direman seminggu

IPOH - Seorang penjenayah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini setelah cedera parah ditembak oleh pemilik sebuah banglo pada Ahad lalu direman seminggu mulai semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner  Azisman   Alias  berkata, perintah reman terhadap suspek diperoleh pihaknya selepas mendapat kebenaran doktor yang menilai tahap kecederaannya.

"Keadaan suspek yang kritikal sebelum ini semakin stabil dan soal siasat bagi membantu berhubung kes cubaan pecah rumah itu akan diteruskan di katil hospital berkenaaan.

"Siasatan awal polis mendapati suspek yang berusia 30-an itu mempunyai sembilan rekod jenayah melibatkan kes pecah rumah, curi dan samun di sekitar bandar raya ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang ahli perniagaan berusia 91 tahun bertindak nekad menembak perompak dengan pump gun bagi menggagalkan cubaan memecah masuk banglonya di Jalan Raja Di Hilir di sini.

Sebaik ditembak di badannya, penjenayah tersebut cuba melarikan diri tetapi tertiarap di bahu jalan tidak jauh dari banglo terbabit.

Pemeriksaan polis di dalam banglo berkenaan juga menjumpai sebilah parang dipercayai milik suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan

UniKL-RCMP ziarah Rumah Seri Kenangan

 PRIHATIN. Kolej Perubatan Diraja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL-RCMP) menganjurkan program kemasyarakatan ke Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan, Ipoh baru-baru ini.

Penasihat program, Prof. Dr. Abdul Karim Russ Hassan berkata, aktiviti kemasyarakatan itu melibatkan 40 pelajar Sains Kesihatan Bersekutu dan 22 kakitangan.

Beliau berkata, selain beramah mesra, program berkenaan bertujuan untuk mendedahkan pelajar UniKL-RCMP mengenai pengalaman merawat warga emas dan bekas penyakit kemurungan.

Katanya, beberapa program seperti pemeriksaan kesihatan, urutan pemulihan anggota, sesi kaunseling, ceramah agama dan senamrobik dilaksanakan untuk manfaat 263 penghuni Rumah Seri Kenangan.

Monday, October 3, 2011

25,000 pencari kerja serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN

IPOH - Lebih 25,000 pencari kerja menyerbu  Karnival Kerjaya Pemuda  Barisan Nasional (BN) 2011 peringkat negeri  Perak  di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini yang berakhir semalam.

Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun berkata, sambutan menggalakkan itu di luar jangkaan memandangkan hanya 8,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada  karnival  itu.

"Berdasarkan pangkalan data kami, kebanyakan pencari kerja bukan sahaja golongan penganggur dan lepasan institusi pengajian tinggi tetapi juga mereka yang mahu mencari peluang  kerjaya  lebih baik," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Karnival selama dua hari yang julung-julung kali diadakan itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Khairul Azwan berkata, karnival  tersebut melibatkan 115 agensi daripada sektor awam dan swasta seperti Kencana Petroleum Berhad, Firefly Sdn. Bhd., Finisar (M) Berhad, The Banjaran Hot Retreat Hotels dan KFC Holding Berhad.

Berikutan sambutan hangat itu, katanya,  Pemuda  BN Perak  merancang untuk menganjurkan lebih banyak program seumpama itu bagi membantu rakyat di  Perak  mendapatkan pekerjaan bersesuaian.

Sementara itu, seorang pencari kerja, Alias Zulkifli, 25, dari Manjung menghargai usaha  Pemuda BN  mengadakan  karnival  itu bagi membantu golongan pencari kerja sepertinya mendapat pekerjaan.

Dia yang merupakan graduan Sarjana Muda Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia berharap penantiannya untuk mencari pekerjaan tetap sejak tahun lalu akan berhasil melalui  karnival  itu.

Salimah Harun, 30, yang merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta di Tasek di sini pula berharap dapat meningkatkan kerjayanya melalui pekerjaan baharu yang lebih baik di  karnival  berkenaan.

Warga emas tembak perompak

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH – Seorang ahli perniagaan berumur 91 tahun semalam membuktikan usia bukan penghalang apabila dapat menggagalkan cubaan memecah masuk banglonya selepas berjaya menembak seorang perompak dalam kejadian di Jalan Raja Di Hilir di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila warga emas tersebut melepaskan tembakan menggunakan pump gun sebaik menyedari kehadiran suspek di dalam banglonya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sebaik ditembak di badannya, penjenayah lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri tetapi gagal apabila tertiarap di bahu jalan tidak jauh dari banglo terbabit.

Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi mangsa.

“Siasatan di dalam banglo terbabit mendapati ia berselerak dan beberapa kesan tompokan darah dan satu kelongsong senapang ditemui. Bagaimanapun, tiada barang mangsa yang hilang.

“Polis juga menjumpai sebilah parang dipercayai milik suspek. Selain mangsa, isterinya yang berusia 84 tahun, seorang anak lelaki berusia 70 tahun yang merupakan orang kelainan upaya dan tiga pembantu rumah berada di dalam banglo,” katanya kepada Kosmo! semalam
.
Tambahnya, polis telah mengambil keterangan kesemua mangsa dan semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau. Mangsa dan keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suspek kini kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun  di  sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.