Translate

Wednesday, May 18, 2011

Kontraktor maut nahas langgar lari

IPOH - Seorang kontraktor maut selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai kejadian langgar lari di Kilometer 348, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Tapah kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Shafie Jusoh, 26, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, semasa kejadian, mangsa yang sedang me nunggang motosikal Honda bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori.

“Akibat pelanggaran tersebut, Shafie yang berasal dari Pandan Jaya, Ampang, Selangor terpelanting ke bahu laluan lebuh raya.

“Namun pemandu kenderaan terbabit tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Roslan Bek berkata, mayat Shafie telah dibawa ke Hos pital Tapah untuk di bedah siasat.

Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian langgar lari ter sebut di minta tampil ke balai polis terdekat untuk mem bantu siasatan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian,” katanya.

No comments:

Post a Comment