Translate

Saturday, May 14, 2011

Kerani hospital terbunuh langgar lori buat pusingan U

IPOH - Seorang kerani di Hospital Slim River terbunuh selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U di Kilometer 1, Jalan Tapah-Changkat Petai, Tapah kira-kira 70 kilometer dari sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 pagi itu, Noor Fadilah Mohamed Isa, 27, yang memandu kereta jenis Perodua Viva mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dan siasatan awal polis mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori terbabit yang datang dari arah Tapah membuat pusingan U secara tiba-tiba.

"Noor Fadilah yang berada di jalan bertentangan tidak dapat mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment