Translate

Monday, May 9, 2011

Dulu model, kini pengurus resort

SUNGAI SIPUT - Bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, yang pernah mencetus kontroversi sebagai wanita pertama diperintah Mahkamah Syariah menjalani hukuman sebat atas kesalahan meminum arak kini bertugas sebagai pengurus sebuah resort.

Ibu tunggal itu mengendalikan resort milik bapanya, Shukarnor Ab dul Mutalib, 62, selepas menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah pada pertengahan tahun lalu.

Sebelum itu, sejurus selesai menjalani hukuman khidmat ma syarakat selama tiga minggu bermula 2 April 2010 di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Kartika telah menuntut ilmu agama di Kedah.

Hukuman khidmat masyarakat tersebut sebagai ganti kepada hukuman enam sebatan kerana minum arak setelah diringankan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Keputusan Sultan Ahmad itu dibuat selepas Kartika menghadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah pada 3 Mac 2010.

Terdahulu anak ketiga kepada pasangan Shukarnor dan Wan Badariah Meor Abdul Salim, 54, itu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada 18 Julai 2009 selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Kuantan.

Semasa menunggu hukuman, Kartika juga bertukar status menjadi janda selepas Hakim Syarie Burhanuddin Ismi Adam mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh bekas suaminya Muhammed Afandi, 38, pada pertengahan Oktober 2008 di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar pada 24 Januari 2010.

Semenjak itu kedua-dua anaknya, Mohd. Azfar, 9, dan Wann Kaitlynn Kartika, 6, di bawah jagaan Kartika yang tinggal bersama kedua ibubapanya.

Mereka sekeluarga kini menetap sementara di Taman Anggerik, Kuala Kangsar kerana Resort Lang Buana dalam proses pengubahsuaian.

2 comments: