Translate

Monday, April 25, 2011

Padah langgar lampu isyarat

IPOH - Akibat melanggar lampu merah, seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta lain di Jalan Kuala Kangsar di sini semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah malam itu menyebabkan M. Mogan, 40, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chemor dekat sini dari bandar raya Ipoh mati di tempat kejadian.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rejab berkata, Mogan dipercayai melanggar lampu isyarat merah dengan keluar dari simpang Jalan Cetak menuju ke Jalan Kuala Kangsar di sini.

“Ekoran itu sebuah kereta dari arah bertentangan gagal untuk mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.

“Mangsa mati selepas mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mohd. Rodzi berkata, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat la poran di Balai Polis Tasek.

Menurutnya, mayat Mogan telah dihantar ke Unit Fo rensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.

2 comments:

  1. makanya patuhilah undang-undang jalan raya.. ingatlah org yg tersayang.. mesej ni dibawakan oleh pihak hospital yang dah mlas nk tgk org mati kepala pecah and perut trburai... eheh?!! :P

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. Farhana,

    terima kasih atas mesej bermakna dari pihak hospital itu..hehe

    ReplyDelete