Translate

Thursday, January 13, 2011

Premis bungkus minyak masak haram diserbu

IPOH - Kegiatan sebuah premis yang menjalankan per niagaan membungkus minyak masak secara haram di Ka wasan Perindustrian Puncak Jelapang Maju di sini ter bongkar selepas diserbu anggota Pejabat Perdagangan Da lam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak semalam.

Semasa serbuan pada kira-kira pukul 11.30 pagi itu, sebanyak 1,640 kilogram (kg) minyak masak dalam paket bernilai kira-kira RM3,936 berjaya dirampas.

Pengarahnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor berkata, ketika serbuan, empat pekerja sedang sibuk membungku minyak masak di premis berkenaan dan
siasatan mendapati premis tersebut menjalankan perniagaan membungkus minyak masak tanpa lesen sejak dua tahun lalu.

“Sebuah mesin pembungkusan turut di sita dan premis tersebut telah diarahkan berhenti operasi serta-merta,” katanya.

Mohd. Helmi memberitahu, siasatan akan dilakukan di bawah Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana melakukan urus niaga barangan kawalan tanpa lesen.

Katanya, jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh di denda RM100,000 atau tiga bulan penjara.

No comments:

Post a Comment