Translate

Saturday, January 15, 2011

20 GRO leka layan pelanggan dicekup

IPOH - Seramai 20 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga negara China di cekup dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Ipoh di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada kira-kira 9.40 malam itu, semua wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun tersebut sedang leka melayan pelanggan dengan aksi ghairah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan mendapati sembilan daripada wanita tersebut merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta sekitar bandar raya ini.

"Mereka didapati menyalahguna pas pelajar manakala 10 wanita China lain pula disyaki menyalahguna pas lawatan.

"Seorang lagi yang ditahan mempunyai pas pekerja asing yang sah di Johor," katanya kepada Kosmo! semalam.

Azisman berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai penjaga pusat hiburan terbabit.

Menurut beliau, semua GRO dan penjaga pusat hiburan tersebut telah direman selama 14 hari mulai semalam untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment