Translate

Tuesday, April 27, 2010

SK Sungai Galah juara bola baling


JUARA. Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Galah menepati ramalan muncul johan kategori lelaki Kejohanan Bola Baling Zon Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kampung Gajah baru-baru ini.

Skuad bola baling lelaki sekolah itu mudah mengetepikan cabaran SK Chenderong Kelubi dengan keputusan 5-1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Padang SK Sri Changkat.

Selaku johan, SK Sungai Galah menerima piala pusingan, medal dan hadiah iringan serta terpilih untuk mewakili Zon Kampung Gajah ke peringkat daerah Perak Tengah yang akan diadakan hujung bulan ini.

Kejohanan tahunan tersebut turut disertai empat sekolah lain di zon sama iaitu SK Pulau Juar, SK Dato Sagor, SK Lambor Kiri dan SK Sri Changkat.

No comments:

Post a Comment