Translate

Friday, April 30, 2010

Pusat khidmat ahli majlis MBI

BERKHIDMAT. Dua ahli majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Ceylyn Tay Wei Lung dan Peter Choong Shean Yang mengambil inisiatif membuka Pusat Khidmat Masyarakat di Kampung Simee, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Wei Lung adalah wakil Zon 10 meliputi Kampung Simee, Taman Ipoh dan Taman Canning manakala Shean Yang diberi amanah mewakili Zon 14 (Chempaka, Taman Golf dan Lumba Kuda).

Pembukaan pusat tersebut dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Wei Lung berkata, penduduk di dua zon terbabit boleh membuat aduan mengenai isu perbandaran di pusat khidmat masyarakat tersebut.

"Ia dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang," katanya.

No comments:

Post a Comment