Translate

Saturday, April 10, 2010

Ketua Polis Perak berjumpa penduduk

MESRA. Lebih 100 penduduk sekitar Buntong, Ipoh menghadiri Majlis Dialog bersama Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah di Dewan Badminton, Gereja Holy Spirit, Buntong baru-baru ini.

Dalam sesi dialog selama tiga jam bermula pukul 2.30 petang itu, pelbagai pandangan dan cadangan untuk menambah baik perkhidmatan polis telah diterima daripada penduduk terlibat.

Rata-rata mereka mahu polis mengadakan rondaan dengan lebih kerap di sekitar kawasan kejiranan berkenaan bagi menangani masalah jenayah terutamanya pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.

Zulkifli dalam maklum balasnya berkata, Polis Perak se memangnya memberi fokus khas kepada Buntong dalam me ngurangkan kes jenayah jalanan di kawasan tersebut sejak awal tahun ini.

No comments:

Post a Comment