Translate

Monday, August 17, 2009

Pertunjukan seragam polis dulu hingga kini


SERAGAM. Aksi 20 anggota polis memperagakan pakaian seragam pasukan keselamatan itu dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga kini Ahad lalu menarik perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir .

Pertunjukan fesyen yang digayakan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput itu bertujuan untuk memberi pengetahuan orang ramai tentang revolusi busana pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia merupakan sebahagian daripada persembahan selingan dalam majlis Jasamu Dikenang yang bertujuan untuk menghargai jasa lebih 500 bekas polis, konstabel khas (SC) dan home guard sekitar Sungai Siput.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan Bekas Polis Sungai Siput sempena ulang tahun Hari Kebangsaan ke-52 dan diadakan di Pusat Konvensyen Sungai Siput.

No comments:

Post a Comment