Translate

Thursday, August 27, 2009

Laluan baru Ipoh-Medan diperkenal


IPOH - Selepas kejayaan Firefly Sdn. Bhd. bertapak di bandar raya ini sejak 12 Julai lalu, sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah berminat beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, PT Riau Airlines akan memulakan perkhidmatan penerbangan dua hala Ipoh-Medan mulai 6 September ini.

"Perkhidmatan penerbangan itu adalah hasil usaha Riau Airlines dengan kerjasama agensi pelancongan tempatan, Silver Fly Smile Tours (Silver Fly) dengan kekerapan tiga kali seminggu.
"Kejayaan membawa Riau Airlines beroperasi di LTSAS merupakan salah satu inisiatif berikutan perjanjian usahasama antara Ipoh dengan kota Medan, Sumatera, Indonesia sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman perkhidmatan penerbangan terbabit antara Riau Airlines dan Silver Fly di Stadium Indera Mulia di sini semalam.

Silver Fly diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Hasim Othman manakala Riau Airlines diwakili Pegawai Stesen, Kelly Lim.

Sebelum itu, Roshidi merasmikan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2009 yang melibatkan 40 agensi pelancongan.
Roshidi berkata, pengenalan laluan baru Ipoh-Medan itu diyakini dapat menyemarakkan lagi industri pelancongan tempatan terutama pelancongan perubatan di bandar raya ini.

"Ramai penduduk Sumatera Utara berminat melakukan pelancongan perubatan di Ipoh dengan purata 60 orang setiap bulan dan saya percaya jumlah itu akan bertambah dengan drastik selepas ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Roshidi berkata, mulai bulan depan, perkhidmatan penerbangan Ipoh-Singapura yang dikendali Firefly empat kali seminggu akan diperluas kepada setiap hari.

"Sejak dilancarkan lebih sebulan lalu, perkhidmatan penerbangan Ipoh-Singapura mendapat sambutan memberangsangkan dengan dianggarkan lebih 70,000 warga Singapura telah menggunakan perkhidmatan

No comments:

Post a Comment