Translate

Wednesday, July 29, 2009

UPM juara Debat Alam Sekitar IPT

SERI ISKANDAR - Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul johan pertandingan akhir Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Ke-19 yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini semalam.

Pasukan terbabit yang diwakili Mohd. Syamsul Salleh, Ammar Redza Ahmad Rizal, Amirudin Abdul Rahman, dan Norlida Idrus (simpanan) yang bertindak sebagai pembangkang menewaskan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Pasukan MMU pula diwakili oleh Myer Iyemman Yusof, Mohd. Fahmi Abdul Aziz, Muhammad Nazwan Kamal Din dan Muhammad Rafiq Akmal Mohd. Daud (simpanan).

Dengan kemenangan itu, UPM meraih piala pusingan, wang tunai RM8,000, sijil penyertaan dan hadiah iringan manakala MMU sebagai naib johan menerima wang tunai RM5,000, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Sementara itu, pembahas ketiga UPM, Amirudin turut diumumkan sebagai pendebat terbaik sekali gus membawa pulang piala iringam, wang tunai RM1,500 dan hadiah iringan.

Hadiah-hadiah disampaikan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Rosnani Ibarahim dan Rektor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim.

Pertandingan melibatkan 15 IPT seluruh negara termasuk UTP sebagai tuan rumah itu diangkiran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum).

Sementara itu, Amirudin melahirkan rasa syukur apabila dinobatkan buat pertama kali sebagai pendebat terbaik dalam penyertaan keempatnya pada pertandingan tersebut sejak 2006.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama anggota pasukan bagi mengulangi pencapaian UPM sebagai juara pada 1991.

No comments:

Post a Comment