Translate

Tuesday, July 28, 2009

Sabah juara Karnival Sukan Tradisional


TRADISIONAL. Karnival Sukan Tradisional Kebangsaan Kali Ke-3 yang berlangsung sejak 24 Julai lalu di Ipoh telah menutup tirainya semalam.

Pada karnival itu, pasukan Sabah muncul juara keseluruhan dengan menggondol pingat emas dalam tiga kategori iaitu sepak raga ratus, sepak bulu ayam dan tarik tali.

Majlis penutupan program anjuran Jabatan Belia dan Sukan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Zainol Fadzi Paharudin.

Karnival melibatkan semua 15 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan itu mempertandingkan lapan sukan tradisional iaitu kelereng, sepak raga ratus, sepak bulu ayam, laga ayam, rebut negeri, tarik tali, kabaddi dan galah panjang.

No comments:

Post a Comment