Translate

Thursday, July 9, 2009

Pertandingan Syarahan, Ujian Bertulis Bahasa Melayu

CUNGKIL BAKAT. Jabatan Pelajaran Negeri Perak menganjurkan Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) peringkat negeri semalam.

Ketua Sektor Akademik JPN Perak, Rozi Puteh Ismail berkata, program itu melibatkan seramai 44 pelajar dari seluruh negeri Perak yang mewakili lebih 15 buah sekolah.

Chan Wai Keen, 12, dari SJKC Sam Tet, Ipoh muncul juara Pertandingan Syarahan manakala Ng Zuan How, 12, dari SJKC Wan Hwa 1, Menglembu, Ipoh pula menjadi pemenang utama Ujian Bertulis Bahasa Melayu.

"Kedua-dua murid itu akan mewakili Perak dalam pertandingan peringkat kebangsaan pada 21 hingga 23 Julai ini di Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment