Translate

Thursday, July 9, 2009

Kes Abdul Malik : Prosedur tidak diubah

BIDOR - Dasar tidak mewajibkan bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani pemeriksaan ke sihatan sebelum menjalani latihan tetap dikekalkan biarpun berlaku kes kematian terbaru melibatkan Allahyarham Abdul Malik Ishak kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, keputusan itu dibuat setelah melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak ter masuk Kementerian Kesihatan.

“Buat masa ini kita cuma galak bakal pelatih menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi tidak mewajibkannya. Namun begitu, JLKN telah ada prosedur setiap pelatih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap dua minggu.

“Dalam kes Abdul Malik, saya difahamkan pelatih itu se patutnya menjalani pemeriksaan kesihatan pada pagi semalam (kelmarin) namun malangnya beliau meninggal dunia beberapa jam sebelum itu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kematian me ngejut Abdul Malik yang baru seminggu mengikuti latihan di KemPLKN Guar Cenderai, Padang Besar, Perlis kelmarin.

Allahyarham yang berusia 18 tahun dari Kampung Relong, Jeneri, Sik, Kedah ditemui mati di atas katil di berek penginapan kem itu pada 5.30 pagi ketika dikejutkan daripada tidur untuk solat Subuh.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan walaupun terkilan dengan kejadian tersebut, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengubah dasar dan prosedur PLKN hanya kerana satu kejadian sahaja.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, seramai 17 pelatih lelaki PLKN Kem Chini, Pekan, Pahang yang dibawa ke Balai Polis Pekan 27 Jun lalu setelah terlibat dalam pergaduhan tidak ditahan di dalam lokap.

Menurutnya, sebaliknya mereka yang tidak dianggap tahanan telah dikumpulkan di dalam sebuah bilik di balai polis tersebut untuk diberi nasihat oleh anggota polis.

“Setelah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman pelatih terlibat dan pelatih lain di kem tersebut, saya anggap semuanya telah selesai.

“Pergaduhan itu umpama asam garam sepanjang menjalani program ini dan saya percaya hubungan mereka akan lebih erat selepas ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment