Translate

Monday, July 6, 2009

35 lagi mangsa baru selesema babi


KUALA LUMPUR - Sebanyak 35 lagi kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga semalam dengan 24 kes import manakala 11 lagi kes jangkitan tempatan.

Jumlah itu menjadikan mangsa wabak selesema babi di negara ini meningkat kepada 326 kes.
Daripada 326 pesakit, sebanyak 239 atau 73 peratus telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital sementara 87 orang masih dirawat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya semalam menjelaskan, kes baru semalam membabitkan 28 warga tempatan dan tujuh rakyat asing.

Sementara itu di Kuala Kangsar, satu perlawanan bola sepak persahabatan antara Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dengan sebuah sekolah dari Thailand terpaksa dibatalkan berikutan seorang pemain dari negara jiran itu disahkan dijangkiti wabak HINI.

Namun apa yang mengecewakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon ialah mangsa telah mempunyai simptom wabak semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) tetapi tidak dikurantin serta-merta.

Ketika dihubungi semalam, beliau memberitahu tindakan melepaskan pelajar terbabit boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.

Katanya, pelajar itu kini dikurantin di MCKK dengan pengawasan pegawai kesihatan Hospital Kuala Kangsar.

No comments:

Post a Comment