Translate

Thursday, December 31, 2009

Mayat bayi dibuang bagai sampah

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
IPOH - Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.

Rajasekaran berkata, dia dan rakannya seperti biasa memungut sampah dalam tong sampah di pangsapuri tersebut sebelum dimasukkan ke dalam lori disediakan.

Dia berkata, semasa alat pengasing lori sedang memproses sampah yang terdapat di dalam tong sampah kedua di Blok 5, kawasan perumahan terbabit tiba-tiba satu objek kecil ter jatuh.

“Pada mulanya saya ingatkan kepala ikan tapi mayat bayi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di tempat kejadian semalam.

Menurutnya, sejurus kemudian, dia dan beberapa pekerja am MBI lain terus melaporkan penemuan tersebut di Balai Polis Sungai Senam, disini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal polis mendapati mayat bayi perempuan tersebut dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menjalani bedah siasat dan setakat ini masih tiada suspek ditahan dan pihak polis sedang giat mengesan ibu bayi terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Malaysia perlu ubah sistem persekolahan jadi satu sesi

IPOH - Tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad menyarankan kerajaan agar mengubah sistem persekolahan negara kepada satu sesi keranai a selaras dengan konsep 1Malaysia.

Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pelajaran itu berkata, dengan sasaran menjadi negara maju pada 2020, sudah tiba masanya sistem pendidikan negara mengalami tranformasi bagi memantapkan proses penyediaan modal insan.

"Tiada satu pun negara maju di dunia ini yang mengamalkan sistem dua sesi seperti diamalkan negara sekarang. Sistem persekolahan kita mempunyai dua sesi kerana faktor sejarah berikutan pada awal kemerdekaan negara kita tak cukup sekolah, tapi itu cerita 52 tahun dulu...keadaan sekarang sudah jauh berubah," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kertas kerja Ruang Pembelajaran Baru : Reformasi dan Tranformasi Masa Depan Pendidikan Malaysia yang dibentangkan Pengerusi Majlis Dekan Fakulti Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Profesor Dr. Abdul Rashid Mohamed di sini semalam.

Pada pembentangan kertas kerja sempena Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009 itu, Abdul Rashid yang juga Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Sains Malaysia mencetuskan beberapa pendekatan baru dan dinamik untuk merealisasikan idea tersebut.

Abdul Rahman yang juga Pro Canselor UPSI berkata, menerusir sistem sekolah satu sesi, pelajar dan guru boleh menjalankan kegiatan akademik dan kokurikulum sepanjang waktu sekolah tanpa menganggu cuti hujung minggu mereka.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata, dengan jadual waktu yang panjang, kelas agama dan bahasa ibunda boleh diwujudkan untuk dipelajari pelajar tanpa mengira kaum.

Wednesday, December 23, 2009

Selepas 20 tahun tiada lagi Lemang Seladang

IPOH - Kelazatan lemang Seladang mungkin tidak dapat dirasai lagi oleh orang ramai khususnya penduduk bandar raya ini apabila gerai yang sudah bertapak di Taman Soon Choon di sini lebih 20 tahun lalu, dirobohkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam.

Pengusahanya, Anjang Halim Md. Saman, 57, mendakwa, gerai lemangnya telah dirobohkan MBI pada pukul 8 pagi tanpa sebarang notis pemberitahuan.

"Walaupun gerai lemang saya dibina di atas rizab jalan tetapi ia tidak mengganggu lalu lintas malah saya telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

"Saya ikut semua syarat ditetapkan JKR Perak. Lagi pun saya telah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu, kenapa sekarang baru hendak dirobohkan," katanya ketika ditemui di tapak gerainya yang telah diroboh.

Lemang Seladang terkenal di bandar raya ini kerana keenakannya dan menjadi pilihan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pelancong asing seperti Hong Kong, Australia dan Singapura.

Artis Hollywood, Jodie Foster juga pernah singgah di gerainya untuk menikmati lemang semasa dia melakukan penggambaran filem Anna and The King di bandar raya ini pada tahun 1999.

Anjang Halim yang merupakan seorang pesara mendakwa tindakan MBI merobohkan gerainya menyebabkan dia kerugian hampir RM15,000 selain kehilangan sumber pendapatan utama.

Dia yang juga Ahli Jawatankuasa Kelab Peminat Bola Sepak Perak berkata, lemang yang dinamakan sempena gelaran skuad bola sepak Perak mendapat sambutan hangat dan dapat dijual sehingga 4,000 batang pada musim perayaan.

Katanya, dia juga berniaga pada setiap Sabtu dan Ahad sejak dua tahun lalu dan mampu menjual purata 60 batang lemang pada dua hari tersebut.

"Saya kesal tindakan MBI ini. Sekarang saya buntu untuk meneruskan perniagaan tradisional ini," katanya.

Sementara itu Pengarah JKR Perak, Datuk Ir. Safry Kamal Ahmad dalam surat kebenaran bertulisnya pada 11 Disember lalu memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk membenarkan gerai Lemang Seladang beroperasi di lokasi terbabit.

Bagaimanapun beliau memberi syarat saiz gerai berkenaan tidak diperbesar dan melarang sebarang pokok ditanam di kawasan tersebut.

Industri buluh jana RM53 bilion


Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Industri buluh negara dijangka berkembang pesat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM53 bilion setahun pada 2020 berbanding RM22.8 bilion sekarang.

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Dr. Jalaluddin Harun berkata, produk berasaskan buluh tempatan kini mendapat permintaan tinggi daripada luar negara khususnya Eropah.

"Walaupun industri buluh tempatan masih baru, ia berkembang dengan begitu pesat sekali. Jika dulu, buluh hanya digunakan untuk menghasilkan pencungkil gigi, lidi sate, layang-layang dan kayu penyepit, kini sudah banyak pembaharuan memberangsangkan berlaku.

"Pemain industri tempatan juga semakin kreatif menghasilkan pelbagai produk berasaskan buluh seperti perabot yang setanding dengan produk kayu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Pembangunan Industri Buluh yang disempurnakan oleh Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar di sini semalam.

Bagaimanapun Jalaluddin memberitahu, sumber buluh tempatan agak terhad dan kebanyakannya tumbuh meliar di Hutan Simpan Chepa dan Hutan Simpan Bintang Hijau di Kedah dan Hutan Simpan Temenggor di Hulu Perak.

Oleh itu, untuk memastikan kelangsungan industri buluh negara, beliau mencadangkan agar projek perladangan buluh dilaksanakan.

"Di negara ini, buluh tumbuh secara meliar dan tidak dibangunkan secara sistematik bagi tujuan komersial. Kita bimbang jika sistem pengambilan sumber begini berterusan, ia akan menimbulkan konflik alam sekitar.

"Masalah ini boleh selesai dengan pembukaan ladang buluh. Tumbuhan ini boleh dikomersialkan kerana tempoh matang rumpunan buluh dua hingga lima tahun sahaja," katanya.

Tuesday, December 22, 2009

Tapak rumah RPT Perak diseleweng - Exco


IPOH - Kerajaan negeri Perak mendakwa kemungkinan ada penye lewengan dalam senarai penduduk yang layak mendapat tapak rumah di bawah Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak Datuk Hamidah Osman berkata, dakwaan itu berasas kerana pihaknya mendapati ada nama peserta RPT ditukar kepada individu yang tidak berhak.

Ia katanya melibatkan sekurang-kurang 100 peserta daripada kira-kira 50 PRT seluruh negeri ini.

“Siasatan awal mendapati kebanyakan kes senarai nama peserta RPT telah ditukar dan diganti kepada individu yang tidak berhak itu terjadi semasa Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri.

“Oleh kerana tapak tanah itu masih belum diberi, kerajaan negeri buat keputusan semak semula senarai tersebut. Jika terbukti benar dakwaan itu, tindakan tegas akan diambil termasuk menggugurkan senarai peserta terbabit,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun sesiapa sahaja anak jati Perak layak memohon menyertai RPT, kelulusan hanya diberi kepada individu yang memenuhi syarat ditetapkan seperti masih tidak mempunyai kediaman sendiri dan tapak rumah.

Menurutnya, setiap pemohon akan melalui beberapa siri saringan seperti temuduga dan seterusnya senarai nama pe serta RPT berpotensi terbabit dipamerkan di Pejabat Penghulu dan Pejabat Tanah dan Daerah dalam tempoh sebulan untuk proses bantahan.

“Jika tiada bantahan yang munasabah baru senarai peserta berkenaan dibawa untuk kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tanah peringkat daerah.

“Memang tidak pernah menjadi dasar kerajaan negeri untuk pilih kasih dan mengamal sistem kouta dalam pemberian tapak tanah dalam skim RPT ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Hamidah mengesahkan tiga ketua kampung dari Kampung Sungai Itek, Pintu Padang dan Jelintoh dan seorang pemimpin parti politik tempatan ter senarai dalam senarai awal peserta RPT Kampung Sungai Itek, Gopeng dekat sini.

Ketua Wanita UMNO Gopeng itu berkata, siasatan awal mendapati nama terbabit dicadangkan sendiri oleh Pegawai Daerah Kampar, Ahmad Kamaruzzaman Hamzah tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

“Namun kelulusan masih belum di beri memandangkan ia masih dalam proses bantahan," ujarnya sambil menambah, kerajaan negeri akan memanggil Pegawai Daerah Kampar dalam masa terdekat untuk memberi penjelasan.

Monday, December 21, 2009

Pusingan kedua gabung bank

IPOH - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Ahmad Hanadzlah tidak menolak kemungkinan berlaku pusingan kedua penggabungan bank-bank tempatan dalam masa terdekat.

Beliau mengakui Bank Negara sedang merencana pelan induk kewangan yang bertujuan untuk memperkukuhkan institusi perbankan negara.

"Sistem perbankan negara semakin lama semakin terbuka, contohnya baru-baru ini kita telah meluluskan dua lesen bank komersial dan lima bank Islam asing.

"Sehubungan itu, bank-bank tempatan perlu diperkukuh melalui pelan induk kewangan. Bagaimanapun, disebabkan ia di bawah bidang kuasa Bank Negara, biarlah Bank Negara menjelaskannya," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebenaran yang diberi kepada Hong Leong Bank Berhad baru-baru ini untuk memulakan rundingan ke arah kemungkinan mengambil alih aset, liabiliti dan ekuiti dalam EON Capital Berhad.

Penganalisis ekonomi tempatan dilaporkan melihat senario tersebut sebagai isyarat kepada permulaan pusingan kedua penggabungan bank tempatan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni menyeru agar rakyat memahami cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenal pada suku ketiga 2011 bukanlah pe nambahan satu lagi cukai yang akan membebankan.

Beliau menjelaskan GST akan mengantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang diamalkan negara pada masa ini.

“GST terbukti lebih murah untuk pengguna dan pemain industri daripada cukai jualan dan perkhidmatan. Malah ia mampu memberi perolehan yang lebih kepada kerajaan yang kemudiannya akan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk peruntukan dan bajet,” katanya.

Kereta remuk: Dua sahabat maut

IPOH - Dua sahabat termasuk seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Puncak Jelapang, Jelapang di sini semalam.

Dua mangsa yang terkorban ialah Meor Mohammad Azlan Meor Ahmad Sabri, 21, pelajar tahun dua jurusan Perakaunan, UiTM Shah Alam, Selangor dan Mohd. Zul Akmar Ali, juga 21 tahun.

Dua lagi sahabat mereka yang hanya dikenali sebagai Farid dan Zul cedera parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, semua mangsa yang menaiki kereta Toyota Corolla dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Gugusan Manjoi di sini.

Kumpulan empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan dari Sitiawan dekat sini.

"Sampai di persimpangan Puncak Jelapang kira-kira lima kilometer dari Gugusan Manjoi, tiba-tiba sebuah kereta yang cuba memotong kenderaan lain terbabas memasuki laluan empat sahabat itu.

"Azlan yang memandu kereta itu cuba mengelak tetapi ia merempuh pembahagi jalan," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, akibat rempuhan terbabit, kereta Toyota Corolla terbabit remuk teruk.

Azlan yang cedera teruk di kepala dan leher mati serta-merta di tempat kejadian.

Rakannya, Mohd. Zul Akmar yang duduk di sebelah kanan tempat duduk belakang pula meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Azisman memberitahu, dua lagi penumpang yang dikenali sebagai Farid dan Zul cedera parah dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB.

Sementara itu bapa Meor Mohammad Azlan, Meor Ahmad Sabri Meor Mohd, 53, yang ditemui berkata, anaknya keluar dari rumah setelah dijemput kawan-kawan di rumahnya di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada kira-kira 9.45 malam.

"Pukul 3 pagi anak saya tidak balik lagi, saya sudah rasa tidak sedap hati.

"Apabila saya menghubungi Azlan tidak ada jawapan," katanya ketika ditemui rumahnya di sini semalam.

Jenazah Meor Mohammad Azlan dan Mohd. Zul Akmar dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Jalan Kuala Kangsar di sini pada kira-kira 2.30 petang semalam.


Bila hendak sebat? - Kartika

MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, merayu sekali lagi kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya hukuman sebat ke atas dirinya dapat disegerakan setelah lima bulan menunggu.

Menurutnya Kartika Sari Dewi, akibat terlalu lama menunggu, segala urusan peribadinya termasuk kembali di sisi suami di Singapura tertangguh.

“Pihak JAIP tak pernah maklumkan apa-apa perkembangan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kartika berkata, tindakan JAIP melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat tersebut sedikit sebanyak telah menyeksakan nuraninya.

Akhbar semalam melaporkan JAIP masih gagal melaksanakan hukuman sebat terhadap Kartika berikutan kesalahan meminum arak biarpun sudah lima bulan keputusan dibuat.

Pada 24 Ogos lalu, Kartika Sari Dewi sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang, Selangor dari Ipoh bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, Jabatan Penjara telah mempunyai pegawai sebat dan hanya menunggu lampu hijau daripada Mahkamah Syariah bagi melaksanakan hukuman itu pada bila-bila masa.

Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman maksimum enam se batan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku bersalah atas tuduhan meminum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating 11 Julai 2008.

Sunday, December 20, 2009

Tolak bajet, usaha musnahkan negara

IPOH - Cubaan menggagalkan kelulusan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Isnin lau mencerminkan Ahli Parlimen pem bangkang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sekiranya bajet itu tidak diluluskan, seluruh jentera negara tidak boleh bergerak dan akan lumpuh mulai 1 Januari ini seterusnya memusnahkan ekonomi negara.

Beliau berkata, tidak pernah mana-mana pembangkang di Parlimen mana-mana negara pun pernah menolak belanjawan negara kerana tahu kepentingan sesuatu bajet itu diluluskan.

“Tapi sebab mahu meraih keuntungan politik, Ahli Parlimen pembangkang cuba mengambil kesempatan daripada kekurangan Ahli Par limen Barisan Nasional (BN) semasa undian Bajet 2010 tanpa memikirkan negara boleh musnah akibat tindakan itu.

“Sedangkan sebelum itu, secara dasar dan jawatankuasa belanjawan yang dibahaskan dipersetujui mereka,” katanya sebagai mengulas Bajet 2010 yang diluluskan di Dewan Rakyat dengan hanya kelebihan tiga undi iaitu 66 penyokong dan 63 menolak.

Ahmad Husni menambah rakyat perlu berfikiran kritikal tentang tindakan pembangkang itu kerana kesan buruk jika belanjawan ditolak adalah lebih teruk daripada negara dilanda perang.

HPI taja pembedahan Puja Wathi

IPOH - Kesukaran seorang kanak-kanak dari Medan, In donesia yang mengalami masalah bibir sumbing sejak lahir mendapat perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

N. Puja Wathi, 7, akan menjalani pembedahan plastik mem baiki struktur bibir dan hidungnya secara percuma di Hospital Pantai Ipoh (HPI) pada esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, selain mahu membantu kanak-kanak tersebut, pembedahan tersebut merupakan sebahagian program jalinan kerjasama Ipoh-Medan sebagai bandar raya berkembar pada Ogos lalu.

“MBI bertemu Puja Wathi semasa mengadakan promosi pelancongan perubatan di Medan pada Oktober lalu. Kos pembedahan kanak-kanak perempuan tersebut yang dianggar RM30,000 ditanggung oleh pengurusan HPI.

“Penginapan keluarga kanak-kanak itu sepanjang di Ipoh pula ditaja Hotel Tower Regency di sini manakala Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menyediakan kemudahan pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan N. Puja Wathi, 7, bersama kedua ibubapanya, Nyana Silan, 39, dan N. Mageshwari, 39 di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim dan Ketua Eksekutif HPI, Dr Dilshaad Ali dan Aik Meng.

Hang Soon berkata, Nyana Silam adalah seorang sami kuil Hindu manakala isterinya suri rumah tidak berkemampuan untuk menanggung kos perubatan kerana masalah kewangan.

“Walaupun kanak-kanak itu pernah menjalani dua pem bedahan plastik sebelum ini di Medan hasil pembiayaan Per tubuhan Tzu Chi tetapi ia gagal membetulkan sepenuh masalah sumbing kerana kekurangan dana.

“Oleh itu pada pembedahan kali ini, ia akan fokus pada menampal lelangit, membaiki stuktur hidung dan mengu rangkan parut pada bibir Puja Wathi,” katanya.

Jadual, laluan bas henti-henti disusun

MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

KUALA KANGSAR - Jadual perjalanan dan lokasi laluan bas henti-henti di seluruh negara akan disusun semula dalam masa terdekat bagi meningkatkan lagi mutu sistem pengangkutan awam negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau mendapati liputan perkhid matan bas henti-henti di kebanyakan negeri tidak serata.

"Ada lokasi yang dilalui oleh banyak pengendali bas hingga mengakibatkan persaingan tidak sihat, pemandu bas-bas ter babit sanggup membawa kenderaan mereka dengan laju se mata-mata untuk merebut penumpang.

“Manakala di kawasan lain terutamanya di taman perumahan baru pula tidak dilalui langsung walaupun sebenarnya ke perluan itu ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan bas baru milik pengendali bas henti-henti The Combined Bus Services Sdn. Bhd. (The Combined Bus) di sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Urusannya, Chong Kong Fitt.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata, Lembaga Per lesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan menstruktur semula jadual perjalanan dan lokasi laluan bas henti-henti terbabit.

Beliau berkata, penyusunan semula itu akan dilakukan setelah mendapat pandangan daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengendali bas henti-henti terlibat.

“Kerajaan mahukan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti, selesa, selamat dan mempunyai jadual perjalanan yang tersusun bagi kemudahan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri meminta pe ngusaha bas sekolah tidak perlu bimbang walaupun mempunyai kenderaan yang berusia lebih 20 tahun.

Beliau berkata, pengusaha bas sekolah terbabit akan tetap diberi permit oleh LPKP selagi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd. (Puspakom) mengesahkan kenderaan mereka masih dalam keadaan baik.

“Syarat bas sekolah perlu berusia kurang 20 tahun cuma garis panduan sahaja. Kalau Puspakom kata boleh dan selamat, siapa kita (LPKP) untuk pertikai,” katanya.

Sunday, December 13, 2009

Kosmo! Akhbar Pengguna Terbaik Perak


MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Selepas kejayaan akhbar kompak Kosmo! meng ungguli Akhbar Pengguna Terbaik peringkat kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut pada dua hari lalu, Kosmo! meneruskan kegemilangannya apabila dinobatkan Akhbar Kepenggunaan Terbaik Perak 2009 malam kelmarin.

Anugerah tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon mewakili Timbalan Menteri Per dagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Da tuk Tan Lian Hoe.

Penolong Ketua Biro Kosmo! Perak, Ahmad Syakir Mohamad Sazili menerima anugerah berupa hadiah wang tunai RM500 dan plak.

Kejayaan merangkul anugerah tersebut merupakan kali ke dua berturut-turut diraih Kosmo! di Perak selepas genap tiga tahun dipasarkan di negeri Perak bermula 1 Ogos 2006.

Anugerah Media Kepenggunaan Perak anjuran Pejabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu tidak dianjurkan pada tahun lalu.

Sementara itu, Anugerah Wartawan Kepenggunaan Terbaik digondol Wong Chee Fat dari akhbar Nanyang Siang Pau dan Anugerah Jurugambar Kepenggunaan Terbaik milik Lew Yong Kan dari The Star.

Perak FM menerima Anugerah Khas Kepenggunaan di Radio, Jabatan Penyiaran Perak dipilih Program Kepenggunaan Ter baik sementara Agensi Kepenggunaan Terbaik menjadi milik Jabatan Penerangan Perak.

Golf Remaja Amatur Clearwater 2009

PELAPIS NEGARA. Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah menganjurkan Kejohanan Golf Remaja Amatur Terbuka Clearwater 2009 baru-baru ini.

Kejohanan yang masuk edisi ketujuh itu itu mempertandingkan tujuh kategori termasuk bawah lapan tahun yang julung kali diadakan.

Pemain pelapis negara, Chan Tuck Soon, 15, muncul juara keseluruhan setelah mencatat 142 pukulan sekali gus me ngetepikan 152 pemain lain yang turut beraksi pada kejohanan tersebut.

Hadiah berupa peralatan golf, trofi, sijil penghargaan dan hadiah iringan daripada Pengarah Eksekutif Clearwater Sanc tuary Golf Resort, Kenny Yap.

Wednesday, December 2, 2009

Mahkamah tolak saman 817 bekas ketua kampung

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak dengan kos permohonan saman 817 bekas ketua kampung daripada Pakatan Rakyat (PR) terhadap kerajaan negeri Perak yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) kerana menamatkan perkhidmatan mereka pada 16 April lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim berkata, ketua kampung bukanlah penjawat awam yang kekal dalam jawatan dan pelantikan mereka dibuat secara pentadbiran dan perhitungan politik oleh kerajaan negeri yang memerintah.

"Selaku penghubung antara kerajaan dan rakyat, individu yang dilantik sebagai ketua kampung perlulah selari dengan arus politik semasa.

"Apabila kerajaan negeri berubah polisi pun berubah. Ketua kampung baru berhak dipilih kerana faktor kesetiaan kepada kerajaan memerintah perlu diambil kira," katanya ketika membaca keputusan secara bertulis di sini semalam.

Ridwan berkata, walaupun watikah pelantikan ketua kampung yang disampaikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada Julai 2008 berkuat kuasa selama dua tahun tetapi ia bersyarat.

Beliau berkata, pelantikan jawatan tersebut adalah atas budi bicara Menteri Besar Perak dan ketua kampung terlibat sedia maklum terma tersebut kerana Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pentadbiran), Datuk Mohd. Jamal Mahusin sebelum itu telah memberi taklimat kepada semua ketua kampung.

Plaintif diwakili Leong Chock Keng dan Chan Kok Keong  manakala Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ka mal Md. Shahid dan Zulkarnain Hassan mewakili kerajaan negeri Perak. Permohonan Chock Keng untuk mengetepikan keputusan  mahkamah agar plaintif perlu membayar kos kepada defendan  juga ditolak Ridwan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua  Kampung PR, Mohd. Ridzuan Asit, 43, berkata, beliau akan  membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah  Tinggi itu.

Tuesday, December 1, 2009

Karnival bola sepak veteran MBI

MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) dengan kerjasama Per satuan Bolasepak Perak (PAFA) akan menganjurkan Karnival Bolasepak Veteran Sembilan Sebelah Bandar raya Ipoh pada 19 hingga 20 Disember ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, karnival tahunan kali keenam itu bakal diadakan di Padang Ipoh dari 8 pagi hingga 6 petang.

Beliau berkata, penyertaan terhad kepada 32 pasukan yang membuat pendaftaran terawal dan ia terbuka kepada warga negara sahaja.

“Karnival yang memasuki edisi keenam ini akan diadakan secara format menang mara.

“Yuran penyertaan sebanyak RM500 dikenakan kepada se tiap pasukan dan hanya pemain yang berusia 40 tahun ke atas sahaja dibenar untuk didaftarkan,” katanya selepas mem pengerusi Mesyuarat Bulanan MBI semalam.

Roshidi berkata, johan karnival bola sepak berkenaan akan berpeluang merangkul hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Menurutnya, naib johan pula bakal menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan medal manakala hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan dan medal milik pasukan yang berada di tempat ketiga dan keempat.

“Pasukan yang berada di tempat kelima hingga kelapan dalam karnival bola sepak veteran ini pula masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM200,” katanya.

Sehubungan itu, pasukan yang berminat boleh mendapatkan mendapatkan borang penyertaan di Bangunan MBI di Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh.

Kerajaan negeri Perak tetap bantu

BIARPUN kecewa dengan sikap tidak profesional pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), kerajaan negeri Perak tetap mahu memastikan skuad Seladang layak menyertai Liga Super musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, beliau telah diarahkan untuk menyelesaikan kemelut tersebut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir.

Menurutnya, beliau telah selesai mendapatkan maklumat tentang masalah skuad bola sepak Perak daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa agensi lain.

"Kami juga telah mengadakan perbincangan dengan agensi terlibat dan alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah berkenaan telah dikenalpasti.

"Biarpun tidak mendapat kerjasama baik daripada Presiden Pafa, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, insya-allah skuad Perak akan menyertai Liga Super pada musim depan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zainol Fadzi berkata, kerajaan negeri Perak yang diterajui Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan menangani krisis kewangan Pafa demi kemajuan dan pembangunan bola sepak negeri tersebut tanpa perlu menuding jari dan menyalahkan orang lain.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pafa berkata, ia bertentangan dengan sikap Mohammad Nizar yang didakwa tidak mahu berundur daripada kerusi Presiden Pafa semata-mata untuk menjadikan persatuan tersebut sebagai platform politiknya.

"Mohamad Nizar mahu kerajaan negeri bantu menangani krisis kewangan Pafa tetapi dengan cara yang tidak beradab dan beradat.

"Kenyataan beliau yang kononnya sedang mengusahakan sebidang tanah untuk Pafa di Jelapang juga amat mengelirukan. Umum sudah mengetahui tanah seluas 4.4517 hektar telah dikurnia kerajaan negeri untuk dijadikan Kompleks Bola Sepak Perak pada 1998," katanya.

SMA minat kerjasama dengan IKS Perak

IPOH - Persatuan Pengeluar Singapura berminat untuk menjalin kerjasama strategik dengan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) Perak bagi memasar dan mempromosi produk buatan tempatan.

Presidennya, Renny Yeo berkata, sepanjang lawatan sejak beberapa hari lalu, SMA mendapati Perak mempunyai beberapa produk IKS yang berpotensi tinggi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami datang ke Perak untuk meninjau peluang perniagaan dan pelaburan. Delegasi SMA teruja menemui banyak peluang perniagaan menarik dalam lawatan perniagaan sulung kami ke sini.

”Kami berminat untuk membantu pengusaha IKS negeri ini termasuk melakukan penjenamaan semula terhadap produk terbabit. Apatah lagi SMA mempunyai hubungan yang baik dengan Persekutuan Pengeluar dan Pengilang Malaysia (FMM),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini semalam.

Dalam program anjuran FMM cawangan Perak itu, sebanyak 20 syarikat IKS dari Singapura menyertai delegasi persatuan tersebut untuk meninjau peluang perniagaan di negeri ini.

Kementerian bela guru

SHAH ALAM - Kerajaan sedia mempertahankan Jabatan Pelajaran Negeri Perak serta guru-guru yang dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman RM105 juta oleh tiga bapa mangsa tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar pada 26 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya sedaya upaya akan membantu guru terbabit kerana yakin mereka mematuhi setiap prosedur yang ditetapkan ketika program perkhemahan itu diadakan.

"Kita terpaksa lawan dan saya pertahankan guru-guru dan Jabatan Pelajaran Negeri yang telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dalam operasi menyelamat yang melibatkan 500 orang semuanya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan bapa tiga murid yang mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta.

Ketiga-tiga mereka, K. Mageswaran, K. Vasudevan dan T. Nathan masing-masing ialah bapa kepada mendiang M. Dava Dharshini, 11, V. Divyashree, 12, serta N. Dina Deve, 11.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, guru besar SJKT Gopeng, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan dan Pengarah Pelajaran Perak.

Dalam kejadian pada 26 Oktober itu, ketiga-tiga murid terbabit adalah antara 298 murid tahun empat, lima dan enam dari seluruh Kinta Selatan yang mengikuti Perkhemahan 1Malaysia selama empat hari di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.

Menurut Mohd. Puad, guru tidak wajar dipersalahkan kerana mereka yang terlibat dalam program itu turut sama menyelamatkan mangsa dan bukan seperti laporan sebelum ini yang mendakwa tiada guru yang menghulurkan bantuan.

Mohd. Puad berkata, pihaknya telah menyerahkan siasatan dan tindakan lanjut berhubung tragedi jambatan runtuh kepada Jabatan Kerja Raya kerana ia dibuat oleh syarikat kontraktor hasil sumbangan pihak tertentu dan bukan Jabatan Pelajaran Negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam tragedi berkenaan daan menganggap kes saman adalah hak ibu bapa terlibat.

"Cuma di sini saya ingin katakan bahawa cukup jelas tindakan saman mereka ini adalah kerana dihasut oleh pembangkang untuk mencemarkan nama baik Kementerian Pelajaran," katanya.

Sementara itu di Bangi, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, tindakan menyaman itu hak keluarga mangsa. Beliau enggan mengulas selanjutnya kerana ia sudah melibatkan kes mahkamah.

Di Ipoh pula, kerajaan negeri Perak akur dengan keputusan ke luargas tiga mangsa tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Kampar dekat sini pada 26 Oktober lalu menfail saman di Mahkamah Tinggi di sini kelmarin.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, secara moralnya, keluarga mangsa terbabit berhak untuk mengambil tindakan undang-undang berikutan kematian anak mereka.

“Saya faham kehilangan anak amat sukar diterima. Kerajaan negeri juga tidak berhasrat untuk melindungi mana-mana pihak yang menyebabkan tragedi tersebut.

“Bagaimanapun kerajaan negeri tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan tragedi tersebut sebagai agenda peribadi mahupun politik,” katanya.

Sunday, November 29, 2009

Tajol Rosli nafi letak jawatan

KAMPAR - Pengerusi  Badan Perhubungan  UMNO   Perak , Datuk Seri Mohamad  Tajol   Rosli  Ghazali menafikan sekeras-kerasnya pernah membuat sebarang kenyataan akan meletakkan jawatan seperti dilaporkan akhbar semalam.

Bekas Menteri Besar  Perak  itu bagaimanapun mengakui berhasrat untuk melepaskan jawatan itu selepas Perhimpunan Agung  UMNO  pada 28 Mac depan.

"Pada Perhimpunan Agung  UMNO  Mac depan, saya tidak akan mempertahankan kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT). Secara prinsipnya, semua jawatan saya sandang kini akan terlucut selepas itu," katanya kepada pemberita.

Tajol Rosli mengulas laporan akhbar semalam bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai  Pengerusi  Badan Perhubungan  UMNO   Perak .

Beliau didakwa mengumumkan perletakan jawatan itu pada majlis perjumpaan bersama pemimpin  UMNO  Bahagian Parit Selasa lalu kerana berasa bertanggungjawab atas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Haslim keluar daripada  UMNO  dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ditanya sama sudah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Timbalan Presiden  UMNO , Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menjawab:

"Bapa saya dulu (Tan Sri Ghazali Jawi) ketika mahu meletakkan jawatan sebagai  Pengerusi  Badan Perhubungan  UMNO   Perak  ada menulis surat peletakan jawatan yang tidak mempunyai tarikh. Ia merupakan budaya kami," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isu peletakan jawatan  Tajol   Rosli  itu akan dibincangkan dalam mesyuarat MT  UMNO .

"Tajol ada membisikkan kepada saya mengenai perkara ini sebentar tadi. Kita akan bincangkan sama ada nak terima ke tak dalam mesyuarat MT  UMNO ," katanya selepas melancarkan Pelan Tindakan Desa anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Ayer Kuning dekat sini semalam.

Dalam pada itu, Abdullah dukacita dengan keputusan Nasaruddin menyertai PKR dan menyifatkan ADUN Bota itu seorang yang kecewa dan lemah dalam perjuangan.

Saturday, November 21, 2009

Pelajar Kolej Masterskill terima dermasiswa

DERMASISWA. Seramai 91 pelajar Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill cawangan Ipoh menerima dermasiswa daripada Yayasan Perak semalam.

Majlis penyerahan dermasiswa kepada pelajar semester satu tersebut disampaikan Penasihat Menteri Besar Perak bagi komuniti India, Datuk S. Veerasingam.

Veerasingam berkata, pelajar terbabit adalah antara 11,618 anak kelahiran Perak yang telah menerima dermasiswa Yayasan Perak pada tahun ini.

Katanya, setakat ini kerajaan negeri telah membelanjakan kira-kira RM8.6 juta untuk dermasiswa dan mulai tahun ini, insentif berkenaan turut layak diterima anak Perak berkelayakan yang memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) .

Mangsa banjir di Perak, Kedah meningkat

IPOH - Banjir di Perak tidak banyak berubah semalam dengan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 1,441 orang daripada 1,166 orang kelmarin.

Selain daerah Kerian, Pantai Remis dan Beruas yang terletak di daerah Manjung kira-kira 100 kilometer dari sini turut dilanda banjir mulai semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Fauzi Mat Nayan berkata, seramai 1,240 mangsa banjir dari 11 kampung sekitar Alor Pongsu dekat sini masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Beliau berkata, Jalan Selama-Alor Pongsu dari Kilometer (KM) 10 hingga 17 dekat sini masih ditutup kerana digenangi bah sedalam kira-kira 1.3 meter.

“Saya menjangkakan banjir yang melanda daerah Kerian sejak 12 November lalu akan surut sepenuhnya dalam jangka masa seminggu,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan, Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu dekat sini semalam.

Tempat lain yang turut dilanda banjir adalah Taman Bintang, Pantai Remis dan Padang Serai, Beruas.

Kedua-dua kawasan itu dilanda banjir mulai tengah malam semalam menyebabkan seramai 201 orang terpaksa dipindahkan di dua pusat penempatan banjir.

Sementara itu di Kedah, jumlah mangsa banjir di empat daerah terus berkurangan kepada 1,352 orang semalam berbanding 1,558 orang petang kelmarin.

Bagaimanapun jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, jumlah mangsa banjir di Kota Setar meningkat kepada 904 orang daripada 261 keluarga berbanding 876 orang daripada 254 keluarga petang kelmarin.

"Seramai 59 orang di daerah Pokok Sena masih berada di dua pusat pemindahan manakalan di Kubang Pasu, jumlah mangsa yang dipindahkan menurun kepada 64 orang," katanya.

Jurucakap itu berkata, jumlah mangsa banjir di daerah Bandar Baharu meningkat kepada 325 daripada 77 keluarga berbanding 291 daripada 68 keluarga petang semalam.

Bacaan paras air Sungai Pantai Johor pula masih melebihi paras bahaya iaitu 2.24 meter (paras bahaya 2 meter) manakala sungai-sungai lain berada di paras berjaga-jaga.

Banjir di Kerian makin buruk

MOHD.AZLI ADLAN dan SHAH NIZAM OMAR
berita@kosmo.com.my

BAGAN SERAI - Keadaan banjir di daerah Kerian dekat sini semakin buruk semalam dengan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan telah meningkat kepada 1,166 orang ber banding 489 orang kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Sham Mat Sahat berkata, selain Kampung Changkat Lobak, Kampung Matang Tengah, Kampung Matang Pasir, Parit Simpang 4 dan Parit Simpang 5, banjir turut merebak di enam kampung lain di Alor Pongsu.

“Kampung berkenaan ialah Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Kampung Sungai Semambu, Kampung Matang Pasir, Ladang Sungai Bogak, Ladang Sungai Kerian dan Kampung Yau Shin.

“Ia menjadikan 11 kampung di sekitar Alor Pongsu telah ditenggelami bah setakat ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sham berkata, enam pusat pemindahan baru telah dibuka mulai 8 pagi semalam iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Serai, SK Jalan Matang Buluh, SK Tanah Kebun, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang 5, SJKT Alor Pongsu dan Surau Matang Tengah.

Beliau berkata, pusat pemindahan terbabit kini menempatkan 1,137 orang daripada 338 keluarga termasuk 157 warga Indonesia yang bekerja di Ladang Sungai Bogak.

“Hujan lebat yang berterusan sejak enam hari lalu dan limpahan dari Tasik Bukit Merah menyebabkan kawasan ber kenaan terus ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

“Selain itu Jalan Bagan Serai-Selama dari Kilometer 10 hingga 17 masih ditutup kerana digenangi bah,” katanya.

Sementara itu di Alor Setar, banjir di Kedah tidak banyak berubah apabila 1,588 mangsa daripada 435 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di negeri ini semalam.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri, setakat semalam sebanyak 17 pusat penempatan banjir dibuka di lima daerah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Bandar Baharu dan Baling.

"Mangsa di daerah Kota Setar paling ramai dipindahkan iaitu seramai 876 mangsa daripada 254 keluarga.

"Kubang Pasu mencatatkan 352 mangsa daripada 95 keluarga, di Pokok Sena melibatkan 59 orang (15 keluarga), Bandar Baharu mempunyai 291 mangsa (98 keluarga) dan Baling seramai 10 mangsa dari tiga keluarga," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, seramai 1,557 orang daripada 366 keluarga dari lima daerah itu juga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.

Tambahnya, paras Sungai Pantai Johor mencatatkan paras bahaya iaitu 2.36 meter manakala Sungai Kepala Batas pula melebihi paras amaran pada ketinggian 3.63 meter.

Tuesday, November 17, 2009

Kelab 3K didik murid Tabika cegah kebakaran

BOMBA CILIK. Seramai kira-kira 400 murid Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) seluruh Perak menghadiri Perhimpunan Kelab Keselamatan Kebakaran Kakak-Kanak (Kelab 3K) pe ringkat Perak di Dewan St. John Ambulan, Ipoh semalam.

Program tahunan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak melibatkan 168 Tabika seluruh negeri itu dirasmikan Pengarahnya, Mohd. Din Md. Rajad.

Mohd. Din berkata, penubuhan Kelab 3K bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak pra-sekolah tentang bahaya dan langkah menghindari kebakaran.

“Selain program lawatan sambil belajar ke balai bomba, ahli Kelab 3K juga didedah dengan kemahiran asas yang boleh dipraktikkan ketika menghadapi kecemasan,” katanya.

Dalam majlis sama, Tabika Kampung Tersusun Sengat, Simpang Pulai, Ipoh memenangi pertandingan ‘Henti, Rebah dan Guling’ sementara Wong Zi Xuan, 6, dari Tabika Batu 12, Bidor dinobat pemenang utama pertandingan mewarna.

Monday, November 16, 2009

Jangan pajak lesen kepada warga asing


IPOH - Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan membatalkan lesen pengusaha pengangkutan awam termasuk kereta sewa yang memajak lesen mereka kepada orang lain khususnya warga asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kebanyakan pengangkutan awam seperti teksi kini sudah mula dipandu warga asing tidak berkelayakan gara-gara sifat tidak bertanggungjawab tersebut.

“Antara kesalahan yang paling saya pantang ialah me majakkan lesen pengangkutan awam khususnya kepada warga asing.

“Setakat sembilan bulan pertama tahun ini sebanyak 17 lesen pengangkutan awam telah dibatalkan dan kebanyakan ke salahan tersebut ialah memajak lesen mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Surat Ta waran Kelulusan (STK) kepada 270 pengusaha kereta sewa individu seluruh Perak yang turut dihadiri Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique di sini semalam.

Mohamed Nazri berkata, pengusaha yang telah dibatalkan lesen tersebut atas kesalahan memajak lesen akan di senarai hitam dan mereka tidak berpeluang untuk memperoleh lesen berkenaan pada masa akan datang.

Hujan lebat 9 jam burukkan keadaan banjir lima kampung


MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

BAGAN SERAI - Hujan lebat selama sembilan jam kelmarin memburukkan lagi keadaan banjir melibatkan lima buah kam pung sekitar Along Pongsu dekat sini yang sudah berlarutan sejak empat hari lalu.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, mangsa banjir yang sudah dipindahkan ke pusat pemindahan juga telah meningkat kepada 450 orang berbanding 138 orang sebelum ini.

“Hujan lebat dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam kelmarin telah meningkatkan paras banjir kepada hampir 1.5 meter.

“Ia menyebabkan kebanyakan rumah di lima kampung ter babit ditenggelami air dan jaringan perhubungan di kawasan itu terputus,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan perkem bangan banjir di kawasan tersebut bersama Ahli Dewan Un dangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Sham Mat Sahat.

Hamdi berkata, lima kampung terlibat ialah Kampung Chang kat Lobak, Kampung Matang Tengah, Kampung Matang Pasir, Parit Simpang 4 dan Parit Simpang 5, Alor Pongsu dekat sini.

Beliau berkata, semua mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu dan SK Changkat Lobak dekat sini.

“Berdasarkan bancian, banjir kali ini melibatkan lebih 2,000 penduduk di lima kampung berkenaan namun sehingga kini tak sampai 22.5 peratus telah berada di pusat pemindahan.

“Baki 1,550 melibatkan lebih 300 keluarga masih enggan meninggalkan rumah masing-masing walaupun keadaan banjir kini semakin serius,” katanya.

Hamdi berkata, kebanyakan yang tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan memberi alasan bimbang kehilangan harta peribadi mereka berikutan kejadian kecurian yang didakwa telah berleluasa pada musim banjir tahun lalu.

Beliau berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri telah me ngarahkan anggota polis, bomba dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) membuat rondaan keselamatan ke sekitar kawasan kampung terbabit terutamanya pada waktu malam.

“Kami beri jaminan kawalan keselamatan dipertingkat bagi mengatasi masalah kecurian barangan peribadi penduduk kam pung ditinggalkan di rumah masing-masing.

“Saya rayu penduduk terbabit agar berpindah di pusat pemindahan berkenaan dengan kadar segera demi keselamatan dan kesihatan keluarga masing-masing,” katanya.

Sunday, November 15, 2009

PerakTV dilancar

IPOH - Kerajaan negeri Perak melancarkan PerakTV yang merupakan rangkaian media digital hasil usaha sama agensi kerajaan negeri, KPerak Inc. Corporation (KPerak) dan agensi pengiklanan swasta, Simfoni Maya (Simfoni Maya) Sdn. Bhd.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Perak adalah negeri pertama di negara ini yang mempunyai rangkaian media digital menggunakan teknologi siaran terhad.

"PerakTV membolehkan rakyat Perak terutama di pedalaman mendapat akses langsung tentang berita dan program setempat, produk ekonomi dan pelancongan tempatan serta dasar kerajaan negeri.

"Maklumat demikian akan disalur melalui monitor LCD dan papan digital yang diselenggara Simfoni Maya manakala pengisian pula dikendali KPerak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pra pelancaran PerakTV yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Datuk Yaacob Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Simfoni Maya, Latt Sharizan Abdullah di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Zambry berkata, sebanyak 300 paparan LCD dan papan digital terbabit akan dipasang di beberapa kawasan strategik dan tumpuan penduduk seperti restoran, stesen bas dan pusat membeli-belah di seluruh daerah di Perak.

Beliau berkata, kerja-kerja pemasangan paparan terbabit akan bermula dalam masa terdekat dan PerakTV disasar bakal menemui rakyat Perak selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Monday, November 9, 2009

POU lancar kempen membaca


KEMPEN. Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh melancarkan Program Galakan Membaca 1Malaysia di Dewan Jubli Perak, POU baru-baru ini.

Program yang bertujuan menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar PUO itu dirasmikan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar.

Pada program itu, pasukan Bersatu daripada Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengulas buku Biografi : Ghafar Baba muncul johan bagi pertandingan mengulas buku.

Pasukan itu membawa pulang hadiah berupa plak, sijil penyertaan, hamper dan hadiah iringan. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah PUO, Mohamad Jayus Bunasir.

Friday, November 6, 2009

Mayat tiga mangsa lemas dituntut keluarga

NIBONG TEBAL - Suasana pilu dan sedih menyelubungi rumah Yew Ghim Chnieh, 20, sebaik mayatnya tiba dari Hospital Kampar, Perak ke rumahnya di Sungai Bakap dekat sini semalam.

Mangsa mati lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Batu Berangkai, Kampar kelmarin bersama dua rakannya.

Mayat Ghim Chnieh tiba di rumahnya di Kampung Valdor pada pukul 3.15 petang.

Mayat pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina di Berapit, Bukit Mertajam hari ini.

Nenek mangsa, Ng Tze Xian, 72, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan cucunya itu sebulan lepas.

"Dia harapan keluarga sejak ayahnya mati akibat kanser lima tahun lalu," kata Tze Xian.

Menurut Tze Xian, mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan bercita-cita mahu menyambung pengajian di luar negara namun hasratnya tidak kesampaian.

"Dia terpaksa lupakan hasrat belajar di luar negara kerana perlu menjadi ketua keluarga selepas ketiadaan ayahnya," katanya.

Mayat dua rakan mangsa, James WanKai Khor, 20, juga dari Pulau Pinang dam Yew Shy Gin, 21, dari Sungai Petani, Kedah turut dituntut keluarga masing-masing semalam.

Kai Khor adalah anak tunggal kepada Khor Ewe Kok, 51.

"Kehilangan Kai Khor amat memeritkan kami sekeluarga namun takdir ini terpaksa kami terima," kata Ewe Kok.

Ewe Kok dari Halaman Macalister, George Town memberitahu, Kai Khor merupakan pelajar tahun dua jurusan perakaunan dan anaknya itu memang gemar aktiviti luar yang lasak dan mencabar.

"Kali terakhir saya jumpa dengan anak saya ketika Kai Khor pulang bercuti di rumah dua minggu lalu," katanya.

Kosmo! semalam melaporkan tiga pelajar UTAR termasuk seorang wanita hilang dibawa arus ketika berkelah di Air Terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak.

Bagaimanapun gerakan mencari yang dilancarkan malam kelmarin menemui ketiga-tiga mangsa yang telah mati lemas.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, limpahan arus deras di Air Terjun Batu Berangkai dipercayai berpunca daripada 'empangan semula jadi' di hulu sungai pecah akibat tekanan air bertakung yang terlalu banyak.

Menurut beliau, empangan semula jadi sering terbentuk akibat longgokan pokok tumbang dan ranting kayu.

"Hujan lebat dan tekanan air yang terlalu kuat menyebabkan empangan seperti itu pecah. Kawasan berkenaan tidak mempunyai empangan yang dibina mana-mana pihak," jelas beliau selepas melawat Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga apabila berkelah di kawasan air terjun terutaman pada musim hujan.

Bayar hutang elak TEKUN lingkup

IPOH - Peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional digesa agar lebih bertanggungjawab membayar balik pinjaman mereka demi kelangsungan dana pembiayaan mikro tersebut.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kadar pinjaman tidak berbayar di kalangan peminjam TEKUN Nasional adalah antara tertinggi di kalangan skim pembiayaan mikro yang terdapat di negara ini.

"Berbeza dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang hanya mempunyai pinjaman tidak berbayar dalam lingkungan dua peratus sahaja, TEKUN Nasional memang teruk dan ia sudah lama berlarutan.

"Saya tahu selama ini tiada apa-apa tindakan. Kadang-kadang sikap rakyat Malaysia ini yang saya tengok, kita ini sangat murah hati, kalau nak ambil tindakan kita selalu berasa kasihan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Rakan Alam Sekitar Parlimen Tambun di Lata Ulu Chepor di sini semalam.

Bagaimanapun, Ahmad Husni mengingatkan pembayaran balik di kalangan peminjam TEKUN Nasional penting bagi membolehkan skim pinjaman mikro itu sentiasa mempunyai modal pusingan yang mencukupi.

Beliau berkata, jika tidak, modal pusingan TEKUN Nasional akan berkurangan dan tidak mustahil suatu hari nanti dan itu tidak berkemampuan untuk memberi sebarang pembiayaan kepada usahawan.

Rakan Alam Sekitar Tambun amal teknologi hijau

HIJAU. Rakan Alam Sekitar peringkat Parlimen Tambun dilancarkan di kawasan perkelahan, Lata Ulu Chepor, Ipoh semalam.

Kelab kelolaan Jabatan Alam Sekitar yang bertujuan mendidik orang ramai agar mencintai alam sekitar itu dirasmikan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Husni berkata, walaupun pelepasan karbon dioksida di negara ini masih berada di tahap terkawal, masyarakat perlu mempunyai kesedaran tinggi untuk membantu kerajaan memelihara alam sekitar.

"Kerajaan memang amat menitik berat isu penjagaan alam sekitar dan kini serius mahu mengaplikasi teknologi hijau termasuk memperkenal pelbagai insentif pada pembentangan Bajet 2010," katanya.

Sehubungan itu, sebagai langkah permulaan, beliau mahu penduduk Tambun agar melakukan perkara asas kepada penjagaan alam sekitar iaitu menjaga kebersihan.

Lemas dibawa arus deras ketika berkelah di Air Terjun Batu Berangkai - 2 mati, satu hilang di Kampar


Oleh AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

KAMPAR - Empat orang pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) termasuk seorang wanita hilang dibawa arus deras ketika berkelah di Air Terjun Batu Berangkai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, Yew Shy Gin, 21, dan dua rakan lelakinya, Yew Ghim Chnieh, 20, dan James Wei Kai Khor, 20, hilang selepas paras air di kawasan perkelahan itu tiba-tiba naik menyebabkan arus deras.

Seorang lagi rakan kepada tiga mangsa yang hilang itu bernasib baik kerana dia sempat diselamatkan orang ramai di situ.

Operasi mencari dan menyelamat telah menemui satu mayat lelaki yang terlekat di celah pokok kira-kira 300 meter dari tempat dia dihanyutkan. Mayat pertama ditemui pada pukul 10.30 malam tadi.

Mayat Shy Gin juga ditemui tidak lama selepas mayat rakannya ditemui. Seorang lagi mangsa belum dijumpai.

Seorang saksi, Syed Sarudin Syed Samsuddin, 41, berkata, semasa kejadian cuaca di kawasan itu redup tetapi ramai pengunjung termasuk dia dan tiga orang anaknya terus mandi-manda di kawasan air terjun itu.

"Ketika masih ramai pengunjung berseronok, cuaca di situ tiba-tiba gelap sebelum disusulan disusuli petir kuat.

"Kami anak-beranak dan pengunjung lain terus naik ke tebing dan berlindung di khemah tidak jauh dari kawasan air terjun itu," kata Sarudin dari Mambang Di Awan dekat sini.

Namun katanya, empat sahabat itu tidak menghiraukan bunyi petir dan mereka terus mandi.

"Selang 15 minit kemudian, aliran air tiba-tiba deras dari arah bukit hingga menyebabkan paras air naik secara tiba-tiba," kata beliau.

Katanya, dalam sekelip mata empat sahabat itu hanyut dibawa arus deras tetapi naik baik seorang daripada mangsa ditolak air ke tepi tebing sebelum dia diselamatkan orang ramai di situ.

"Tiga mangsa hanyut itu meminta tolong tetapi tiada sesiapa berani berbuat apa-apa sebelum mereka hilang," katanya.

Seorang penduduk di situ, Razali Abdullah, 32, berkata, beberapa pengunjung yang ditemui dalam perjalanan ke ari terjun itu dinasihatkan supaya membatalkan niat untuk beriadah di situ semalam.

"Orang Asli yang tinggal di situ memaklumkan ada hujan lebat di hulu," katanya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh, mengesahkan kejadian tersebut.

Air Terjun Batu Berangkai tersebut terletak di perkampungan Orang Asli dan kira-kira lima kilometer dari lokasi tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang yang mengorban tiga murid yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia.

Saturday, October 31, 2009

Belum dapat perintah sebat Kartika

MELAKA - Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor atas kesalahan minum arak masih tidak dapat dijalankan kerana Jabatan Penjara masih belum mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah Kuantan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, Jabatan Penjara sudah menyediakan pegawai sebat untuk melaksanakan tugas berkenaan dan pihaknya hanya menunggu perintah mahkamah itu.

"Kita sudah membuat segala persiapan tetapi masalah yang timbul ialah kita belum lagi menerima perintah daripada Mahkamah Syariah Kuantan. Kita tidak pasti berapa lama lagi kita terpaksa tunggu sebelum hukuman itu dapat dilaksanakan.

"Jika kita dapat surat perintah, hukuman sebat itu akan dilaksanakan segera dan tidak timbul masalah di pihak kementerian," jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan dan asrama baru Sekolah Henry Gurney, Telok Mas yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di sini semalam.

Wanita berusia 32 tahun itu dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang pada 20 Julai lalu setelah mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Hukuman sebat itu bagaimanapun ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan lalu selain Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran dan pegawai pelatih untuk melaksanakan hukuman sebat mengikut cara dan kaedah syariah.

Sementara itu di Ipoh, bapak Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib memberitahu mereka tidak menerima sebarang maklumat baru mengenai tarikh pelaksanaan hukuman sebat itu.

Katanya, panel peguam yang tidak dilantik mewakili anaknya juga tidak menerima sebarang makluman rasmi daripad pihak berkuasa agama negeri Pahang berhubung pelaksanaan hukuman tersebut.

Friday, October 30, 2009

Bagai hilang nyawa apabila lihat keranda anak

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my


KAMPAR - Suasana pilu menyelubungi keluarga M. Darapharshini, 11, dan V. Divyahshree, 12, apabila mayat kedua-dua budak yang hilang dihanyut arus deras Sungai Kampar Isnin lalu ditemui.

Ibu bapa Darapharshini, K. Mageswaran, 46, dan R. Nagaratana, 41, bagaikan tidak dapat menerima hakikat apabila mayat anak keempat daripada lima beradik itu sampai di rumah mereka pada pukul 8 pagi.

Mayat Darapharshini ditemui pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Sambil memeluk erat keranda anaknya, Nagaratana tidak putus-putus menyatakan kekesalan membenarkan anak perempuan tunggalnya menyertai aktiviti Perkhemahan 1Malaysia tersebut.

"Saya bagaikan bermimpi apabila dimaklumkan mayat Darapharshini telah dijumpai lewat malam semalam (kelmarin).

"Apabila keranda membawa mayatnya sampai rumah, saya seolah-olah hilang nyawa menyedari satu-satu anak perempuan saya telah tiada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Di Awan, Mambang Di Awan dekat sini semalam.

Mageswaran berkata, dia pada mulanya tidak mengetahui Darapharshini turut menyertai perkhemahan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan itu bersama-sama anak lelaki ketiganya, M. Sarweswaran, 12.

"Walaupun saya benarkan abangnya sertai program itu tetapi Darapharshini tak beritahu terlibat sama.

"Apabila saya tegur dia kenapa turut mengemas pakaian, dia menangis dan mohon restu (sertai perkhemahan berkenaan). Saya berat hati lepaskan dia, kini saya menyesal," ceritanya lagi.

Mayat Darapharshini ditemui terapung oleh anggota Rela berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang di sini pada pukul 11.30 malam kelmarin iaitu 16 kilometer dari tempat dia hanjut.

Sementara itu, mayat Divyahshree ditemui anggota tentera dari Kem 2 Briged, Ipoh berhampiran Tronoh Mines kira-kira 25 kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 10.20 pagi semalam.

Ibu Divyahshree, R. Kanagam, 41, pengsan ketika mengecam mayat anaknya yang dibawa ke Rumah Mayat Hospital Kampar di sini.

Suaminya, K. Vasudevan tidak mampu berkata-kata hingga terpaksa ditenteramkan beberapa saudaranya.

Thursday, October 29, 2009

Sivakumar derhaka - Zahid

KUALA LUMPUR - Tindakan V. Sivakumar memakai jubah speaker ketika masa rehat persidangan Dewan Undangan Negeri Perak semalam adalah satu penderhakaan yang jelas terhadap Sultan Perak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu tidak boleh diterima dan ia menunjukkan bahawa Sivakumar tidak menghormati undang-undang negeri itu.

"Siapa pun rakyat Perak atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang mahu mengadakan persidangan atas nama majoriti atau dalam keadaan apa sekalipun, harus akui undang-undang mem beri kuasa pada Sultan untuk memperakuinya.

"Jadi jelas bahawa Sivakumar telah melakukan penderhakaan pada Sultan Perak.

"Saya fikir kita tidak boleh bertoleransi lagi dengan perbuatan yang dilakukan oleh Sivakumar dan konco-konconya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata pembangkang mestilah menghormati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini yang mengutamakan jumlah majoriti dalam membentuk sesuatu kerajaan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah menyangkal tohmahan wakil rakyat pembangkang yang men dakwa kononnya mereka dikasari polis ketika sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan semalam.

Katanya, fakta sebenar ialah berlaku sedikit kekecohan apabila ADUN Tronoh, Sivakumar enggan bekerjasama dengan polis setelah diarah membuka pakaian rasmi Speaker DUN Perak yang dipakainya secara salah.

"Semasa Sivakumar memasuki Bangunan SUK, polis arah jubah dan songkok (pakaian rasmi Speaker DUN Perak) di pakainya diserahkan secara sukarela tapi beliau enggan.

"Oleh itu, anggota polis bertugas bertindak merampas pa kaian itu dan ADUN-ADUN pembangkang kemudian bertindak mengerumuni Sivakumar bagi menghalang tugas polis dan ia menyebabkan berlaku sedikit kekecohan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak di sini se malam.

Lahir di Perak dapat RM200

IPOH - Mulai tahun depan, setiap bayi yang dilahirkan di Perak akan menerima sumbangan RM200 daripada kerajaan negeri sebagai insentif simpanan pendidikan.

Menteri Besar, Datuk Zamry Abd. Kadir (BN-Pangkor) berkata, pemberian insentif berkenaan adalah galakan kerajaan negeri kepada keluarga untuk membuat tabungan pelajaran anak-anak.

"Anak adalah aset penting dan kerajaan negeri menetapkan mulai 2010, setiap bayi yang dilahirkan di Perak secara au tomatik akan mempunyai tabungan pendidikan mereka sen diri.

"Sehubungan itu, Tabung Pendidikan Negeri yang diuruskan Yayasan Perak akan diwujudkan.
Sebagai permulaan, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan untuk insentif ini pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mem bentangkan Bajet 2010 pada Penggal Kedua, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Persidangan terbabit yang berlangsung selama kira-kira tiga jam bermula 10 pagi meluluskan bajet tahunan berjumlah RM179 juta termasuk RM67.05 juta perbelanjaan mengurus, pembangunan dan akaun amanah.

Zambry berkata, kerajaan negeri juga memperkenal per lindungan takaful kepada golongan warga emas, ibu dan bapa tunggal, fakir miskin serta orang kurang upaya (OKU) dengan peruntukan RM4 juta setahun.

Sidang haram sesama sendiri

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my

IPOH - Seperti dijangka, kehadiran seramai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Perak semalam sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Kali ini mereka memasuki dewan selepas Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan mengumumkan sidang dewan berehat selama sejam bermula pukul 10.20 pagi. Mereka masuk ke dewan itu untuk bersidang sesama sendiri.

Wakil rakyat pembangkang terbabit yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Pas-Pasir Panjang) hanya memasuki dewan tiga minit selepas sidang dewan berehat.

Sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ganesan, ADUN pembangkang kemudian terus menuju ke galeri di sebelah kiri Speaker namun tidak duduk di tempat masing-masing.

Bekas Speaker yang juga ADUN Tronoh, V. Sivakumar tiba-tiba mengambil alih tugas Speaker dan bertukar kerusi dengan seorang lagi wakil rakyat, Yee Seu Kai (DAP-Pokok Asam) dan memulakan 'persidangan'.

'Persidangan' bermula dengan bacaan doa dan bertafakur sebelum diteruskan dengan ucapan A. Siva Subramanian (DAP-Buntong) yang menggesa Ganesan meninggalkan dewan atas alasan hilang kelayakan kerana masih menjadi peguam selepas tempoh tiga bulan dilantik sebagai Speaker.

Apa pun, gelagat wakil rakyat pembangkang berkenaan langsung tidak dipedulikan Ganesan.

Malah ketika 'sidang' tersebut berlangsung, semua ADUN Barisan Nasional (BN) termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak memberi sebarang respons terhadap tindak-tanduk yang ditunjukkan wakil rakyat pembangkang.

Apabila persidangan diteruskan semula oleh Ganesan, wakil rakyat pembangkang mula mengganggu perjalanan mesyuarat terutama ketika Zambry mencadangkan Enakmen Perbekalan 2010 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2010.

Tindakan beberapa ADUN pembangkang yang `turut serta' dalam proses undian yang dijalankan Ganesan terhadap usul-usul tersebut dengan menjerit `tidak bersetuju' hampir menjerat diri.

"Jika tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker yang sah, mengapa Yang Berhormat semua mengambil bahagian. Ini secara tidak langsung, Yang Berhormat pembangkang meng iktiraf kedudukan Speaker," kata Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) ketika mencelah perbahasan usul oleh Datuk Hasbullah Osman (BN-Temengor).

Wakil-wakil rakyat pembangkang kemudiannya mula `men diamkan diri' pada sesi undian berikutnya sebelum mening galkan dewan beramai-ramai pada pukul 11.46 pagi.

Terdahulu, sidang tersebut dimulakan tepat pukul 10.02 pagi dengan bacaan doa oleh Setiausaha DUN yang baru, Zamari Mohd. Ramli.

Pada sidang media selepas persidangan tersebut, Zambry memaklumkan kesemua ADUN pembangkang yang hadir telah menandatangani pengesahan kehadiran.

Wednesday, October 28, 2009

Tak dapat lupa lambaian rakan hanyut

KAMPAR - Kegembiraan 294 murid yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini berakhir tragedi apabila seorang maut manakala dua lagi hilang dibawa arus deras sungai selepas jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Kampar runtuh kelmarin.

N. Dina Deve, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Mambang Di Awan di sini ditemui mati lemas pada pukul 8.30 pagi semalam di Kampung Pasir, dua kilometer dari lokasi tempat jambatan itu runtuh.

Pasukan menyelamat berusaha mengensan dua lagi murid yang hilang. Mereka ialah V. Diryasree, 12, murid SJKT Gopeng dan murid SJKT Mambang Di Awan, M. Darapharshini, 11.

Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam, dianggarkan 50 orang murid sedang menggunakan jambatan gantung itu menuju ke dewan makan SK Kuala Dipang di seberang sungai.

Bagaimanapun, jambatan itu tiba-tiba runtuh selepas tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah tercabut.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai kawasan itu dianggarkan 30 meter dengan kedalaman 1.5 meter.

Seorang murid yang selamat, Mohamad Amir Hamzah Mohd. Aspar, 12, berkata, sejurus kedengaran bunyi kuat runtuhan pada tebing sungai berhampiran sekolah, semua murid yang berada di atas jambatan mula menjerit.

"Keadaan sangat menakutkan sebelum beberapa orang dewasa termasuk pengawal keselamatan terjun menyelamatkan kami.

"Saya sempat berpaut pada kabel besi dan semasa itu sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ekoran tragedi itu, Amir, pelajar tahun enam SK Bukit Prekan memberitahu sejak malam kelmarin, dia tidak dapat melupakan lambaian beberapa rakannya yang dibawa arus sungai itu.

"Ketika menyeberang, kami berbaris dalam tiga barisan mungkin terlalu ramai, jambatan jadi berat," kata Amir.

Seorang lagi murid yang selamat, K. Mathivanan, 12, mendakawa ada beberapa murid melompat-lompat ketika berada di atas jambatan sehingga jambatan itu bergoyang.

"Apa yang saya ingat, murid-murid berbaris di dewan berhampiran tebing sekolah melompat-lompat namun tidak sangka pula ia boleh runtuh,"katanya.

Seramai 25 guru terlibat dengan perkhemahan yang dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata, jambatan sepanjang 50 meter itu baru tiga minggu disiapkan.

"Jambatan itu didapati runtuh apabila tiang besinya terbongkah. Kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spefikasi atau tidak," katanya beliau.

Kejadian di SK Kuala Dipang itu berlaku kira-kira 20 kilometer dari Pos Dipang, lokasi tragedi banjir lumpur tanah tinggi yang mengorbankan 44 nyawa dan memusnahkan 30 buah rumah pada 29 Ogos 1996.

Jangan berhimpun dekat bangunan DUN Perak

IPOH – Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sepanjang tempoh berlangsung Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama tiga hari yang bermula hari ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini yang menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK.

"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram, termasuk mereka yang merancang atau yang menganjur perhimpunan-perhimpunan itu," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Menurut Zulkefli, polis akan menyediakan anggota yang mencukupi dan mengambil langkah yang wajar bagi memastikan keselamatan semua anggota DUN dan jemputan yang hadir pada majlis persidangan itu serta menentukan ketenteraman awam.

'Hantar anak, yang pulang mayat'

KAMPAR - "Anak saya berkeras mahu menyertai perkhemahan ini kerana katanya ia pengalaman baru baginya.

"Akhirnya saya terpaksa izinkan tetapi tidak sangka pula yang pulang ialah mayatnya."

Demikian luahan T. Nathan, 44, yang kematian anak perempuannya, Dina Deve, 11, akibat lemas setelah jambatan gantung yang dilalui Dina untuk menyeberangi Sungai Kampar di sini bersama kira-kira 50 peserta Perkhemahan 1Malaysia runtuh kelmarin.

Nathan, berkata, dia mengetahui tragedi itu daripada bapa saudaranya pada pukul 12.30 malam kelmarin.

Ekoran itu, katanya, dia dan isterinya, S. Muguna, 35, pergi ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari rumahnya di Taman Mambang Di Awan, Kampar dekat sini.

"Sepanjang operasi mencari kami berdoa agar Dina ditemui selamat tetapi harapan kami berkecai kerana dia sudah mati," kata Nathan, seorang pemandu lori, ketika ditemui di rumahnya semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir meluangkan masa melawat Nathan dan keluarganya semalam.

Selain mengucapkan takziah, Muhyiddin menghulurkan bantuan Kementerian Pelajaran sebanyak RM10,000 bagi menguruskan pengebumian murid tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan itu.

Sementara itu, Mugana, 35, yang masih tidak menerima kenyataan kehilangan Dina Deve, pengsan sejurus mayat anaknya itu tiba di rumah.

Mayat kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Hindu Mambang Diawan dekat sini hari ini.

Satu mati, dua hilang dalam tragedi perkhemahan di Kuala Dipang

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI, MOHD. AZLI ADLAN dan KUMARA SABAPATTY
berita@kosmo.com.my


KAMPAR - "Selepas jambatan runtuh, murid-murid memaut tali kabel jambatan dan kami sedaya upaya membantu mengangkat seorang demi seorang mangsa ke tebing sungai.

"Namun makin lama paras air sungai semakin naik, tiga murid yang sudah keletihan terlepas pautan dan dibawa arus. Mereka menjerit meminta tolong tetapi kami tidak mampu menyelamatkan mereka kerana aliran sungai terlalu deras."

Demikian cerita pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Mohd. Rosli Mohamad (gambar), 44, mengenai detik-detik cemas selepas jambatan gantung di situ runtuh.

Menurut Rosli, dia dan seorang pengawal keselamatan lain, Ismail Ahmad, 62, berlari ke lokasi yang terletak kira-kira 400 meter dari pos pengawal setelah mendengar jeritan murid-murid sekolah dan guru pengiring meminta tolong.

"Sampai di tempat kejadian, kami berdua terkejut melihat jambatan gantung telah hilang dengan peserta perkhemahan pula dilihat sedang berpaut pada tali jambatan tersebut.

"Kami minta murid-murid pegang kabel itu kuat-kuat sebelum kami berdua terjun ke dalam sungai dan mengangkat seorang demi seorang murid-murid sekolah itu," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Rosli memberitahu, kerja-kerja menyelamat turut dibantu beberapa fasilitator namun tidak lama kemudian paras air Sungai Kampar semakin naik dan deras hingga menyebabkan tiga peserta hanyut dibawa arus.

Katanya, tidak berapa lama selepas itu polis dan bomba yang dihubungi sampai untuk membantu mencari tiga pelajar yang hanyut.

"Semua murid yang terselamat telah dikumpul di dalam bangunan sekolah namun timbul kekecohan apabila hanya 276 peserta perkhemahan tersebut yang dikesan pada masa itu.


"Ekoran itu timbul khabar angin kononnya 22 murid di khuatiri lemas sedang saya dan Ismail yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menyelamat hanya tiga sahaja yang hanyut," katanya beliau.

Sementara itu, seorang guru, Mohd. Safri Abdul Rafar, 30-an, berkata, beliau hampir lemas ketika cuba menyelamatkan peserta perkhemahan tersebut.

"Semasa kejadian, saya yang berada tidak jauh dari jambatan terkejut terdengar bunyi benda jatuh diikuti jeritan.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai namun saya cuma sempat membawa naik tiga atau empat murid kerana hampir lemas," katanya.

Thursday, October 22, 2009

Sivakumar diminta pulangkan jubah

Oleh AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar diminta agar memulangkan segera pakaian rasmi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam masa terdekat.

Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan berkata, bekas Speaker DUN Perak itu dikesan tidak memulangkan pakaian rasmi tersebut biarpun sudah dilucutkan daripada jawatan berkenaan sejak 7 Mei lalu.

"Sivakumar kena terima hakikat dia bukan Speaker DUN Perak lagi malah mahkamah turut menolak tuntutannya. Pakaian rasmi itu milik DUN Perak, setakat ini sudah tiga kali dia memakai jubah itu secara tidak sah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sehubungan itu Setiausaha DUN Perak, Zamari Mohd. Ramli telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini semalam (kelmarin) untuk menuntut Sivakumar memulangkan pakaian rasmi Speaker DUN Perak dengan segera.

R. Ganesan juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan tegas termasuk menghalang Sivakumar daripada memasuki dewan ketika Sesi Kedua Persidangan DUN Perak ke-12 pada 28 Oktober depan sekira wakil rakyat DAP itu terus berdegil memakai pakaian rasmi Speaker DUN Perak pada masa itu.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam tindakan Sivakumar yang turut menghantar notis haram memanggil ADUN ke sidang DUN.

"Notis saya diwartakan melalui perkenan Tuanku Sultan Perak mengikut Perintah Tetap 10 (1) DUN Perak manakala notis Sivakumar tidak.

"Terdapat banyak kesalahan seperti notis dikeluarkan Sivakumar ditandatangani dia sendiri sedangkan sebenarnya notis itu dikeluarkan Setiausaha DUN Perak selain menggunakan kepala surat Speaker DUN Perak secara tidak sah," katanya.

Monday, October 19, 2009

1Malaysia bukan retorik - Najib


Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan MOHD AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu gagasan 1Malaysia dilihat sebagai satu retorik, gimik politik atau slogan semata-mata sebaliknya ia adalah satu perjuangan untuk berlaku adil kepada setiap rakyat, merentasi batas kaum dan agama.

Katanya, ia merupakan satu prinsip keadilan yang akan menjamin keharmonian semua kaum di negara ini dan ia adalah pengiktirafan terhadap segala sumbangan yang dicurahkan setiap kaum untuk membangunkan negara.

"1Malaysia sebenarnya turut menekan konsep keadilan sosial kepada semua kaum dan kerajaan memberi jaminan tiada satu kelompok masyarakat akan terpinggir.

"Melalui gagasan ini, hak sesuatu kaum itu tidak akan diberikan kepada kaum lain dengan begitu sahaja kerana ia masih berlandaskan kepada perlembagaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan program 1Malaysia Bersama Rakyat peringkat negeri Perak di Stadium Perak di sini semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut Najib, Perak telah dipilih sebagai lokasi pertama program tersebut dan ia akan diteruskan di setiap negeri selepas ini. Majlis pelancaran itu dihadiri lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum dan agama.

Selain persembahan nyanyian lagu tema Malaysia Satu oleh juara rancangan realiti Mentor musim kedua, Fiq dan 1Malaysia oleh Roy, program tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pameran dan gerai jualan yang bermula sejak pagi semalam.

Dalam pada itu, enam individu telah diumumkan sebagai Ikon Satu Malaysia peringkat Perak sebagai menghargai sumbangan dan komitmen mereka dalam merealisasi gagasan tersebut sebelum ini.

Mereka ialah kartunis terkemuka negara, Datuk Mohd. Nor Khalid atau Lat, aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye dan doktor perubatan pertama dari masyarakat Orang Asli Tapah, Dr. Ayob Bah Los.

Turut dipilih ialah aktivis rukun tetangga dari Kampung Dew, Taiping, C. Shanmugam, pekerja sosial, Abdul Rahim Nor Mohd dan pengarah filem tersohor yang sering mengetengahkan Perak sebagai latar belakang karyanya, Allahyarham Yasmin Ahmad.

Thursday, October 15, 2009

Guna kad bercip salur bantuan miskin tegar


Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

SERI ISKANDAR - Kerajaan disaran mengaplikasi sistem kad bercip sebagai medium menyalurkan bantuan kepada keluarga miskin tegar terutamanya di kawasan luar bandar.

Tokoh ekonomi, Prof. Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid berkata, kad terbabit berfungsi sebagai kad debit yang boleh digunakan golongan terbabit untuk membeli barangan keperluan harian.

"Kad bercip itu akan mempunyai had kredit yang merupakan jumlah amaun bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan kepada isi keluarga miskin tegar itu setiap bulan.

"Mereka boleh membeli barangan keperluan tertentu seperti beras, gula dan makanan lain di kedai yang ditetapkan dan setiap transaksi direkod dan boleh diakses kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah umum 'Kemiskinan Tegar' selaku penerima Anugerah Merdeka 2008 kategori Pendidikan dan Komuniti di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini semalam.

Turut hadir Rektor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim dan Pengarah Eksekutif Sekretariat Anugerah Merdeka, Datuk Khalid Mohd.

Ungku Aziz yang juga antara pencetus beberapa dasar ekonomi negara termasuk penubuhan Tabung Haji berkata, penggunaan kad bercip itu dapat memastikan keberkesanan pemberian bantuan kebajikan berkenaan sampai ke golongan sasaran.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) itu berkata, selain mengurangkan unsur pilih kasih dan rasuah, ia dapat mengelakkan bantuan tersebut disalah guna ketua isi rumah miskin tegar terbabit untuk tujuan lain seperti membeli nombor ekor dan rokok.

"Saya percaya kerajaan mampu menghasilkan kad bercip itu malah kaedah ini jauh lebih baik daripada pemberian subsidi terhadap barangan kawalan seperti diamalkan kerajaan sekarang kerana tidak semua golongan sasaran mendapat manfaat berikutan pengagihan tak serata dan kesan monopoli pihak tertentu," katanya.

Wednesday, October 14, 2009

Exco tidak terima wang - saksi

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bekas Exco Perak, Jamaluddin Mohamed Radzi tidak mengambil wang rasuah yang cuba disogokkan kepadanya.

Saksi keenam pendakwa, Mohamad Imran Abdullah, 34, berkata, sebaliknya wang tunai RM5,000 tersebut diminta diberi kepada seorang lagi tertuduh, Usaili Alias yang turut berada di pejabat Jamaluddin di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semasa pertemuan pada 14 Ogos tahun lalu.

"Sebelum itu, saya dibawa Usaili dan Ruslan Sahat untuk berjumpa Jamaluddin bagi mendapatkan sokongan memudahkan kelulusan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

"Saya juga diminta Ruslan menyediakan wang tunai RM5,000 untuk diberi kepada Jamaluddin pada pertemuan tersebut tetapi dia tidak ambil dan minta wang itu diserahkan kepada Usaili," katanya.

Dia berkata demikian pada perbicaraan hari kelima berhubung kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan dua bekas Exco, Jamaluddin yang juga ADUN Behrang; ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu; bekas ADUN Bota, Usaili; Ruslan, 47, dan dua yang lain.

Bagaimanapun lapan pertuduhan rasuah membabitkan Ruslan digugurkan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh berikutan kematian tertuduh pada 3 Ogos lalu.

Mohamad Imran berkata, sepanjang pertemuan dengan Jamaluddin yang turut dihadiri Ruslan, dia ditemani seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM), Norliza Mokthar yang menyamar sebagai kekasihnya.

Terdahulu, dia yang merupakan Pengurus Projek Imbangan Damai Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembinaan memberitahu, dia diminta seorang pegawai BPR, Firdaus Idris bagi membantu menyelesaikan kes rasuah tanah di Perak Tengah dekat sini yang disyaki melibatkan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perbicaraan bersambung hari ini.