Translate

Monday, December 8, 2008

MBI intip dan saman

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Ekoran laporan Kosmo! baru-baru ini tentang kewujudan longgokan sampah haram dalam kuantiti besar di hentian bas Jalan Ekram di sini, Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI ) mula bertindak bagi mengatasi masalah tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam  MBI , Normala Latiff berkata, beberapa pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah diarahkan untuk memantau masalah berkenaan.

Beliau berkata, sejak 3 Disember lalu, beberapa penguat kuasa  MBI  yang berpakaian biasa telah ditugaskan untuk mengintip sebarang kegiatan pembuangan sampah haram di situ.

"Berdasarkan intipan tersebut, dua lelaki termasuk seorang warga emas berusia 57 tahun yang menetap berhampiran hentian bas itu ditahan kerana membuang sampah di kawasan berkenaan pada 4 Disember lalu.

"Mereka masing-masing telah dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM250," kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! 2 Disember lalu melaporkan perbuatan orang ramai termasuk peniaga melonggokkan sampah di depan hentian bas Jalan Ekram bukan sahaja memalukan imej bandar raya ini malah menyesakkan pandangan.

Tinjauan Kosmo! mendapati bukan sahaja sampah harian diletakkan di situ malahan beg-beg sampah hitam berisi botol minuman keras turut dilonggokkan di tepi hentian bas itu.

Sehubungan itu, Normala mengingatkan orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata.

No comments:

Post a Comment